Mulai pagi Jumaat (11 Disember 2009) ni, blog ni hanya menggunakan nama NIK AZIZ saja bagi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Tiada lagi perkataan penghormatan iaitu Tok Guru atau Tuan Guru.
Ini kerana isu Menantu Nik Aziz masih lagi berpanjangan dan nampak gayanya Menantu Aziz Aziz masih liat untuk berhenti serta-merta. Nik Aziz sebagai MB yang juga Pak Mertua dilihat berkali-kali pertahankan menantunya. Sehingga teguran dari pemimpin lain tak diendahnya. Dan Nik Aziz kelihatan berlagak sombong!
Pertemuan Dua Pak Mertua
Juga bersesuaian dengan polisi blog ini, yang tidak suka bodek pemimpin, maka Nik Aziz juga tak terkecuali. Blog ini juga tidak meletakkan gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Datuk dll pada sesiapa saja pemegang gelaran tersebut bukan saja dari UMNO Jahanam malah PAS dan PKR sejak dulu lagi.
Hanya Nik Aziz saja terkecuali sebelum ini. Blog ini merujuk padanya sebagai Tok Guru Nik Aziz atau TGNA. Tapi mulai hari ni Nik Aziz dianggap sama setaraf dengan lain-lain ahli politik samada mereka ahli politik baik atau buruk, warak atau jahil dan budiman atau bajingan. AHLI POLITIK TETAP AHLI POLITIK SIFAT MEREKA SAMA.
Di samping itu, dengan dibuang gelaran tok guru pada nama Nik Aziz, maka blog ini dengan senang hati boleh mengkritik dan mengatakan apa saja pada Nik Aziz tanpa perlu ingat dia adalah tok guru.
anda lebih sombong dan angkuh kerana telah meletak diri anda lebih baik dari orang lain. kerja begini amat disukai oleh syaitan dan amat dibenci oleh Allah.
BalasPadamadakah anda terlalu hebat berbanding dgn tok guru? jika title 'tok guru' (panggilan hormat) hilang kepada tok guru nik aziz, adakah mmberi kesan kpd tok guru? saya rasa secubit kuman pun tidak menjatuhkan martabat Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang tok guru yg ikhlas memperjuangkan agama Allah.
BalasPadamdahulu tok guru haji hadi dihentam oleh blogger2 yang gila perasan mereka bijak, malah ada yg turut membuang gelaran tok guru tersebut kpd nama beliau, saya tidak pasti samada anda turut serta?!. skrg melarat kpd tok guru nik aziz. saya tidak hairan kerana dalam proses menghapuskan golongan2 sesat dalam jemaah memang mengambil masa hatta mereka yg mengaku menjadi ahli PAS sejak 1994 sekalipun. bila sesuatu ujian Allah berlaku, akan muncullah warna sebenar mereka! terbukti anda antaranya!
Adam,
BalasPadamBlog ni hanya merujuk Hj Hadi sebagai Hj Haji saja. Tak dak tok guru.
Bab ujian Allah tu, semua kena ujian, kepala jemaah dengan ahli jemaah. Tapi ramai kepala jemaah yang TIDAK LULUS UJIAN.
Dalam hal menantu, Nik Aziz GAGAL UJIAN. Ingat ujian Allah terdahulu terbatal dengan kerana kegagalan ujian terakhir.
Kalau Nik Aziz paksa menantu dia letak jawatan dlm. tempoh 24 jam, masaalah selesai. Sapa-sapa pun tak kata apa lagi kat Nik Aziz. Saya pun heran apa yang dia nak tunggu sampai bln. Mac taun depan, Ada apa2 nak cover ke atau nak songlap duit PMBK.
BalasPadam