Apakah hukumnya jika seorang Pemuda* yang merekomen seorang kawannya berkerja di sebuah firma perunding sebagai Jurutera Residen (RE) untuk satu projek. Pemuda ini mensyaratkan kapada kawannya, sekiranya kawannya berjaya jadi RE maka 40% daripada gaji bulanan kawannya itu mesti diserahkan pada Pemuda itu.
Kawannya yang menganggur itupun setuju. Kawannya menjadi RE lebih kurang setahun dan tiap-tiap bulan apabila menerima gaji, kawannya telah bagi 40% dari gajinya kepada Pemuda itu. Pemuda itu seperti hisap darah kawannya.
Sila Tok Guru Nik Aziz berikan hukumnya halal haramnya.
Soalan Kedua:
Pemuda dan kawannya telah sama-sama memohon bekerja sebagai Jurutera dengan Syarikat Air. Mereka berdua telah hadiri temuduga dan malangnya kedua-dua mereka gagal. Tapi seminggu selepas surat pemberitahuan gagal diterima, Pemuda itu diterima pulak jadi Jurutera di Syarikat Air.
Soalannya bolehkah berlaku begitu jika Pemuda itu tiada sangkut paut dengan orang paling berkuasa di negeri itu. Apakah hukumnnya masuk ikut pintu belakang dan tentunya mengambil tempat calon yang lebih layak?
* Pemuda itu kononnya sekarang ini adalah seorang CEO yang lambat letak jawatan dan Menantu seorang Tok Guru Besar yang memimpin sebuah Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.