Perangai Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang kononnya BEBAS memang diketahui ramai. Beliau memang penipu besar dalam arena Politik. Semua kena main, Berjasa, UMNO Jahanam, Semangat 46 dan akhir ini PAS.
Semasa melobi untuk jadi calon PAS, PAS OK, kalau boleh pungkoq Nik Azizpun dia nak jilat. Tapi jangan marah PAS Kelantan dan Nik Aziz. Bila dah dapat apa yang dihajati dia belah. Dia macam pencuri yang berak di atas katil mangsanya.
Apabila timbul isu nama Allah dan kepentingan Melayu, aku rasa si Ibrahim Ali dah over. Dia mengunggang isu nama Allah dan isu Melayu bersama perangainya yang tidak boleh dipercayai. Beliau memiliki sifat khianat, penipu, cakap bohong, mengadu-domba, oportunis tegar dan pelbagai perangai jahat lagi.
Dengan sifat dan perangai jahat ini, Ibrahim Ali secara tak langsung telah menghina seorang Nabi dan sahabat Rasulullah SAW. Namanya itu nama orang baik-baik, tapi dia jahat. Apabila orang marah, orang maki Ibrahim dan Ali kerana namanya begitu.
IBRAHIM adalah nama Nabi Allah yang tergolong sebagai Ulul Azmi. Manakala ALI adalah sepupu, menantu, sahabat Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin. Kesian mereka, nama mereka diguna oleh orang jahat. Ibrahim Ali telah menyebabkan Nabi Ibrahim AS dan Syaidina Ali bin Abi Talib dihina.
Sepatutnya Ibrahim Ali yang kononnya seorang pejuang Melayu, dia mesti tukar namanya kepada DAMAK, GUNTOR, GEGALA, TIPUS, LESONG, BUYONG, BELIONG, KAPAK dll nama Melayu yang tiada kaitan dengan nama orang baik-baik dan Islam.
lunchai pon ok aper
BalasPadam