Selasa, 16 Februari 2010

Kalaulah Bapak Mokhzani Doktor Di Klinik Sampai Nyanyuk....


Bila aku baca Malaysiakini ..... Mokhzani Mahathir Antara 20 Terkaya Di M'sia, aku teringat MAHA KLINIK di Aloq Staq. Foto atas.

Kalaulah bapak si Mokhzani ni jadi doktor di klinik tu sampai nyanyuk dan dudok di Titi Gajah, tak pi mana-mana.... aku rasa la ni si Mokhzani tak termasuk dalam senarai 20 terkaya dan tak dak harta sampai RM1.075 Billion.

Paling baguihpun si Mokhzani berniaga juai kereta secondhand di Aloq Staq, Jitra dan Guaq Chempedak. Tambah dengan bisnes sewa kereta pandu sendiri di UUM Sintok.

Setakat ada duit sejuta dua saja bolehlah. Jadi jutawan jugak..... Kalau nasib tak baik jadi tak ketahuan..... JUAI UBAT BATUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.