Sabtu, 20 Februari 2010

Kalau Kelantan Bukan Dalam Malaysia....

Alasan yang Mustapa Mohamad (Menteri Pengeluar AP Kerajaan Najib) bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti petroleum kerana gas dan minyak diperolehi lebih dari 3 batu nautika dari pantai Kelantan adalah mengelirukan. Ada dua senario di sini:-

1. Cuba bayangkan Negeri Kelantan tidak wujud langsung. Di Pantai Timur penghujung Malaysia adalah Terengganu. Negeri Kelantan sekarang ini adalah dalam wilayah Thailand dengan nama Wilayah Entahapaapa. Apa akan jadi? Joint Development Area pun tak akan wujud. Thailand akan sapu hasil petroleum semuanya

2. Cuba bayangkan Negeri Kelantan adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Sultan Kelantan adalah King of Kelantan dan Nik Aziz adalah Prime Minister of Kelantan, manakala Exco-exco semuanya Menteri yang ada portfolio masing-masing. Ada Angkatan Tentera, Polis dan Pengawal Pantai sendiri. Adakah kawasan luar dari 3 batu nautika itu hak Malaysia? Jawabnya Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) itu juga hak Kelantan.

Bagi senario pertama Malaysia hanya dapat lihat Thailand keluarkan gas dan minyak. Malaysia hanya boleh bersuarapun hanya ucapan "TAHNIAH" saja kepada Thailand.

Bagi senario kedua pulak, mungkin Negara Kelantan Darul Naim yang buat joint development area dengan Thailand. Malaysia mesti tak berani kacau sebab terlalu jauh dari EEZ nya. Tentu Malaysia takut kepada Kelantan kerana Angkatan Tentera Kelantan tentunya kuat dan hebat. Kalau Malaysia ada sebuah kapal selam yang tak boleh menyelam, Kelantan mungkin ada 5 buah kapal selam hebat kerana tiada unsur rasuah dan penipuan dalam pembelian kapal selam mereka.

Lagipun jika tiada kaitan langsung operasi minyak dan gas ini dengan Kelantan, tentunya Wang Ehsan pun kerajaan Najib tidak akan beri kepada Kelantan. Cakap belit-belit. Mengapa Wang Ehsan tidak diberi kepada Perak, Pahang dan Perlis? Inilah perangai MELAYU UMNO JAHANAM yang busuk hati, jahat dan kianat pada bangsa sendiri.

Tengok apa yang Mustapa Mohamad Menteri AP merapu:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.