Rabu, 10 Februari 2010

Padan Muka PAS!!!

Dulu ahli, penyokong dan pemimpin PAS gelakkan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh kerana dua ekor musibat ni ditolak oleh istana dari jadi MB walaupun parti mereka yang mereka jadi bos peringkat negeri menang besar. Mereka yang memimpin parti hingga menang besar. Tapi istana tunjuk orang lain untuk jadi MB.

Sepatutnya ahli, penyokong dan pemimpin PAS menentang kehendak istana kerana kehendak istana ini bertentangan dengan sifat dan prinsip demokrasi yang tulus. Memang BN musuh utama PAS tapi dalam hal menegakkan demokrasi dan prinsip-prinsipnya pada masa itu PAS semestinya menyokong Shahidan Kasim dan Idris Jusoh.

Tapi PAS masa itu cuba pulak nak mengambil kesempatan untuk menyokong kumpulan BN yang ditunjuk oleh istana untuk membentuk kerajaan. Hingga sanggup buat kerajaang campurang kalau kumpulan itu tak cukup majoriti. Apa punya bangang pemimpin PAS.

Di negeri yang PR menang pula, istana mengenakan syarat macam-macam dan menarik masa untuk menggagalkan perlantikan MB dari PR. Lihat di Selangor dan Perak. Nyata dan jelas!!!

Itu dulu, kini pihak istana telah disahkan kuasa mereka oleh Istana Kehakiman sebagaimana keputusan kes Nizar. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini, jika mengurangkan kuasa rakyat, PAS juga ada sahamnya.

Memang tepat kata-kata Ir Nizar Jamaludin seperti yang tersiar di sini.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.