Sabtu, 13 Februari 2010

TARIAN ZAMRY


Hari ini aku ke Padang Polo atau nama rasminya Taman Rekriasi Sultan Abdul Aziz, untuk bersenamrobik. Tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad dianjurkan senamrobik. Hari Ahad dianjur oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala pada hari Ahad pula oleh Persatuan Kercergasan Fizikal Daerah Kinta (PKF).

Senamrobik pada hari Ahad (mula 7.45 pagi) memang dah bertahun-tahun lamanya dianjur oleh PKF Kinta. Tahniah atas hasil usaha mereka. Aku kadang-kadang bengang juga apabila ada hari Ahad tertentu, Jabatan/Kementerian 'hijack' senamrobik ni, konon mereka yang anjur senamrobik pada hari itu. Mereka lupa PKF Kinta.

Senamrobik pada hari Sabtu (mula 7.30 pagi) pula dianjur oleh MBI bermula pada masa Hassan Nawawi @ Hassan Basikal jadi Datuk Bandar Ipoh. Walaupun Hassan Nawawi ni dari segi pentadbiran MBI ramai penduduk meluat, tapi dalam hal riadah dia "A". Dia berbasikal merata Ipoh. Kalau dia tiada urusan lain dia pasti muncul untuk senamrobik. Kemudahan di Padang Polo banyak di'upgrade' masa dia berkuasa.

Itu sebab aku bengang kat Harussani bila aku mimpi dia nak buat MAKAM di Padang Polo.

Datuk Bandar sekarang pula orang tak kenalpun. Yang diketahui, MBI upgrade sistem perparitan di kawasan banglonya sendiri berhampiran Sekolah Wira Jaya, Ipoh. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri.... belum siap lagi. Alah... aku memfitnah Datuk Bandar pulak!!! Ampun Dato'.....

Balik ke cerita senamrobik. Senamrobik pada kedua-dua hari ni boleh tengok Wajah Malaysia yang sebenarnya:

  • Pelbagai keturunan ada seperti Melayu Tulen, Melayu Peranakan, Cina Kantonis, Cina Hokkien, Cina Hakka, Tamil, Punjabi, Iban, Kadazan dll. Tiada kebencian dalam diri mereka.
  • Pelbagai fahaman politik juga ada seperti UMNO, PAS, PKR, DAP, PSM, MCA, MIC, hingga yang tak tau hal politikpun ada.
  • Pelbagai darjat dan status orang menyertai senamrobik.... ada Dato', Datin, penerima PMP, AMP,PJK.... ada juga Jurutera, PTD, cikgu-cikgi, pegawai kanan, ofisboi, polis, askar, pensyarah, student, pekedai runcit, pemborong... orang pencenpun ramai.
  • Pelbagai gaya dan pakaian orang yang ikut senamrobik ni..... ada pakai t-shirt berseluar panjang, ada bersinglet, berseluar pendek..... ada pakaian yang mengganggu seperti amoi cina gebu pakai t-shirt putih nipis singkat berbra gelap dan berseluar pendek di depan anda..... ayoo susah mau ceritalah!!!
  • Pelbagai niat orang yang datang bersenamrobik..... adanya kerana menjaga kesihatan... ada yang dah kena penyakit baru datang.... ada kerana nak tengok orang..... ada kerana bini paksa.... ada kerana terpaksa.
Cerita pasal kerna terpaksa ni.... aku teringat pada satu hari tahunnya aku lupa, yang sahihnya sebelum PRU 12. Datanglah Zaim Abu Hassan (ADUN Belanja) yang pada masa itu EXCO Perak mewakili Tajol Rosli merasmi entah apa dah lupa...!!! Diapun bersenamrobik bersama... di atas pentas lagi!!! Nah! Dalam 15 minit.... mukanya pucat lesi....tercungap-cungap putus nafas.... nyaris tumbang..... Itu tandanya tidak sihat bukan saja akal tak sihat (pemimpin UMNO memang begitu) tapi badanpun tak sihat.

Hari ini instructor telah ajar satu tarian atau pergerakan baru. Muzik untuk pergerakan ini adalah lagu Tamil pergerakan juga macam tarian India. Aku pun ikutlah pergerakan yang diajar tu. Syok jugak... Rancak dan semua anggota badan digerakkan.

Instructor ni memang bijak, dia tau apa dah berlaku dan dia tentunya nak ambil hati dan tunjuk ketaatan pada Zamry. Maka dia telah mereka satu tarian yang diberi nama 'TARIAN ZAMRY".

MAI LA RAMAI-RAMAI BERSENAMROBIK DI PADANG POLO.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.