Dewan Undangan Negeri Perak atau ringkasnya DUN bersidang lagi. Semalam dirasmikan oleh Raja Muda. Hari ni sidang berlangsung tapi dalam riuh rendah. Lihat http://idhamlim.blogspot.com/2010/03/terkini-1015-am-sidang-dalam-keadaan.html
Muliakah DUN Perak?
Dulu Raja Nazrin sanggup mencemar kemuliaan dirinya sendiri sebagai Raja Muda yang mewakili Sultan Perak, hanya untuk menunggu ahli-ahli dewan bertengkar dan bergaduh dalam dewan. Berjam-jam dia menunggu. Ini pelik!! Kebiasaannya raja atau wakil raja tidak akan menunggu rakyat jelata.
Muliakah DUN Perak?
Insiden hingga membawa kepada Speaker V Sivakumar diusung keluar oleh barua pecacai BN tidak ditegurpun oleh Raja Muda sedangkan semasa ketibaannya dia disambut oleh Sivakumar. Raja Muda mewakili Sultan Perak yang menaungi DUN seperti tidak tahu apa-apa.
Muliakah DUN Perak?
BN terutamanya UMNO dengan sombong dan kemaruk kuasa sanggup membuat apa saja hingga melanggar tatacara dewan dengan menggunakan PTD bangsat seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha DUN. Mereka melantik speaker sendiri iaitu seorang paria politik bernama Ganesan sedangkan Speaker sebenar V Sivakumar masih berada di kerusinya.
Muliakah DUN Perak?
Bagi aku kemuliaan DUN Perak sudang hilang. DUN Perak sudah jadi Dewan Orang Ramai yang jadi termpat mesyuarat agong cawangan MIC. Cuma kerusi saja tidak boleh diangkat untuk baling - free for all. DUN Perak telah dikawal sepenuhnya oleh eksekutif. SS lebih berkuasa dari speaker, malah Setiausaha DUN lebih berkuasa dari speaker.
Bagaimana cara untuk menjadikan DUN kembali kemuliaannya?
Senang saja. Pakatan Rakyat kena berbuat ke arah itu. Manifesto bersama PR dalam PRU 13 nanti mesti dimasukkan:-
- Satu jawatankuasa atau suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat insiden perlantikan speaker secara haram oleh BN, penggunaan instrumen kerajaan seperti PTD, PDRM dll dalam menjayakan perbuatan tersebut.
- Menghukum individu terlibat seperti Zamry Kadeer, Hamidah, Hee dan Ganesan. Mereka ini perlu dipenjarakan dan dirampas pencen jika didapati bersalah. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan seperti Setiausaha DUN, SUK, CPO Perak dan lain-lain. Gaji, elaun, kemudahan dan gratuiti yang telah diterima oleh Ganesan wajib dipulangkan oleh beliau.
- Bagi mengelakkan kerajaan semasa menyalah-gunakan kuasa seperti ini pada masa kan datang, bangunan DUN hendaklah dibina jauh dari bangunan pentadbiran yang menempatkan MB dan SUK. Contoh dibina bangunan DUN di Tronoh atau Sri Iskandar atau Kampar.
- Pegawai dan kaki tangan DUN bertugas di bawah arahan Setiausaha DUN. Manakala Setiausaha DUN adalah pegawai yang dipilih sendiri oleh Speaker dari kalangan pegawai kerajaan dan bertanggung-jawab sepenuhnya pada Speaker dan berada di bawah kekuasaan Speaker, serta tidak boleh ditugaskan sebagai Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Tubuhkan SELCAT iaitu Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency atau apa-apa nama dalam bahasa Melayu. Dipengerusikan oleh Speaker. Ambil contoh di Selangor.
Perkara beginilah yang wajib diambil berat oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam kempen mereka. Aku cuma boleh mencadangkan saja......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.