Apa nilai Dato' atau Datuk? Bagi penerima mungkin ada nilainya. Dia boleh kenalkan dirinya sebagai Datuk itu atau Dato' ini. Bini jadi Datin atau Tok Puang.
Gelaran ni hanya menjadikan pemegangnya jadi juah, riak dan berlagak. Gelaran ni menjadikan pemberinya rasa hebat dan agung. Berlambak Datuk. Satu-satu negeri bagi kepada berpuluh-puluh orang dan ada negeri beratus-ratus setahun.
Ada sikit jawatan dalam Pemuda dan Puteri parti UMNO Jahanam pun boleh dapat Datuk. Apa jasa mereka? Mereka masih nangoi dalam politik dan masyarakat. Macam-macam orang dapat Datuk. Sampai dah tiada nilai lagi gelaran tersebut. Apabila gelaran tersebut tiada nilai dan tidak dihormati orang awam, maka maruah pemberi gelaran tersebut bagaimana pula? Semuanya syok sendiri!!!
Aku tiada gelaran Datuk. Kalau ada offerpun aku tak mau. Kalau pejabat SS hantar surat tawaran untuk angugerah Datuk, aku dengan serta merta akan jawab aku menolaknya. Tapi surat tawaran itu akan aku fotostat (kaler lagi), framekan dan gantung di dinding ruang tamu rumah aku. Kalau tetamu aku baca dan tanya aku, aku akan jawab dengan megahnya "Saya tolak anugerah Datuk". Itu lebih bernilai lagi.
Lagi satu, aku paling suka apabila Datuk dan Tan Sri yang berurusan dengan aku panggil aku "TUAN". Ini bermakna aku TUAN kepada mereka. Hah.. hah.. hah...
Tengok: Gelaran Raja Gopal
Betul la apa yang saudara cakap tu dah jadi mengarut....
BalasPadamHanya UMNGOK sahaja yang heboh dan tak sedar diri.
UMNGOK? Org PAS pun berbondong2 yg gilakan gelaran dari istana...
BalasPadamsemua gelaran didunia akan ditinggalkan bila pergi ke alam baqa.
BalasPadamx yah susah2 nk dptkn anugerah or bintang kebesaran Datuk, kawen pastu lahirkn anak, pastu dapat cucu.. Nah, kan dh ada org yg pggl kita Datuk, haha!!
BalasPadam