Khamis, 1 April 2010

Membela Melayu mana?


Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung

Pada 16hb Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit.  YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan Orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.

Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau.  Kepentingan Orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62% Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM 3000 sebulan.  62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting - kepentingan golongan ini diberi keutamaan.  Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak.  Apa gunanya pembangunaan ekonomi Negara jika ia membawa tekanan pada majoriti dalam Negara itu?  Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.

Perkara 153

Tuan Yg Di Pertua, Isu Kepentingan Melayu telah mengambil Centre Stage (pentas utama) dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka.  Dalam Perlembagaan kita Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yg Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa Orang Melayu.

Pada saya, hasrat di belakang Perkara 153 - adalah munasabah, walaupun kita boleh berbeza pemikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Munasabah kerana apabila kita lihat Sejarah Moden Dunia, dalam 500 tahun yang lalu suatu ekonomi baru telah muncul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau.  Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijrahan berjuta-juta manusia daripada Negara-negara asal mereka ke Negara baru.
  • Orang Putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia
  • Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah
  • Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli.

*Teks perbahasan Jeyakumar selaku ahli parlimen Sungai Siput, dari Parti Sosialis Malaysia.

Baca seterusnya di MerdekaReview - Membela Melayu mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.