Isnin, 28 Februari 2011

Sepatutnya MB Kedah Hadiahkan Coli Kepada Pelajar Lelaki Yang akan Pulang Ke Mesir

Apabila berlaku demonstasi besar-besaran di Mesir terutamanya di Kaherah dan Iskandariah, maka Kerajaan Persekutuan Malaysia membuat tindakan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia. Bagi yang menerima biasiswa dan pinjaman MARA dan JPA mereka tiada pilihan dipaksa balik. Yang lain-lain tu balik kerana mereka penakut ataupun dipaksa balik oleh ibubapa yang penakut.



Sekarang mereka kena kembali semula ke Mesir untuk sambung pengajian. Kerajaan Persekutuan buat donno saja.... Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak umumkan Kerajaan Negeri Kedah akan menanggung perbelanjaan 800 orang pelajar Kedah balik ke Mesir dan bagi RM500 duit poket. Perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta. Berita ini dari TVS News.

Maka kerajaan negeri pulak kena ambil tanggung jawab. Sudahlah hasil negeri berapa kupang saja. Sedangkan kutipan cukai kebanyakannya dirembat oleh Kerajaan Persekutuan. Teruklah kerajaan negeri, beban macam nipun kena tanggung. Bawa balik pandai, hantar balik tak mau. Paria punya pemimpin Kerajaan Persekutuan.

Yang pelajar-pelajar ni pun satu hal, terutamanya lelaki. Tak dak teloq. Melayu penakut. Hati kecik.  Kes macam nipun nak balik ke Malaysia. Sepatutnya mereka berada bersama dalam demonstrasi di Dataran Tahrir. Berjihad. Ambil pengalaman berada bersama Revolusi Rakyat. Ini tidak lari balik macam anjing kena katok. Buat malu kat orang kapiaq. Bagi yang ambik pengajian Islam, mereka ni semua tak layak jadi ustaz dan bercakap hal jihad. Jadi imam suraupun tak sesuai. Patut tidoq celah ketiak mak bapak saja.

Di samping tambang dan wang saku, sepatutnya Kerajaan Kedah hadiahkan semua pelajar-pelajar lelaki ini "BRA" atau "COLI" sebangai tanda kenang-kenangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Dan nama mereka disenarai hitamkan dari jadi ahli PAS. 

1 ulasan:

  1. ni apa punya artikel.. tuan punya blog ni agak bangang sebab, kebanyakan pelajar yang dipaksa balik bukannya takut takde teloq..

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.