Menteri Pertahan Jerman Karl-Theodore zu Gutenberg semalam telah meletak jawatan kerana telah meniru dalam penyedian tesis untuk PhD dalam tahun 2006. PhDnya telah ditarik balik. Theodore adalah salah seorang calon untuk menjadi Chanselor Jerman.
Manakala London School of Economics mengakui bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan bahawa anak pemimpin Libya Muamar Ghadafi iaitu Seif al Islam meniru dalam tesis kedoktorannya. Dia adalah graduan Sarjana dalam tahun 2003 dan PhD 2008. Dia dikatakan telah mengupah penulis hantu dan meniru dalam penyediaan tesisnya.
Ini adalah dua berita dari luar negara di mana orang yang ada PhD atau Dr di pangkal nama adalah peniru dan pemalsu tesis untuk PhD. Menteri Pertahanan Jerman dah mengaku manakala anak Muammar Ghadafi sedang di siasat. Jika dilihat dari tindak tanduk dan ucapannya kebelakangan ini sejak krisis politik di Libya, tuduhan terhadapnya mungkin betul.
Itu di luar negara. Bagaimana di Malaysia? Ramai ahli politik ada PhD, lebih-lebih lagi berjawatan menteri dan timbalan menteri. Menteri Besarpun ada PhD. Ada dari universiti luar negeri dan ada tempatan. Kalau dari universiti luar negeri diyakini ijazah itu dibeli. Jika dari universiti tempatan mereka mungkin mendapat ijazah tersebut dari jalan yang salah.
Ramai daripada mereka kelihatan seperti orang yang tak layak memiliki PhD. Adakah mereka ni meniru? Orang orang lain menyediakan tesis? Adakah Profesor mereka dan universiti tempatan malu alah tutup sebelah mata anugerahkan mereka PhD kerana mereka orang politik yang berkuasa?
Kalau nak bongkar semua ini jalannya mudah iaitu "JATUHKAN BARISAN NASIONAL & TUKAR KERAJAAN PERSEKUTUAN".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.