Isnin, 28 Februari 2011

UMNO BN Memang Penipu.... Maka Lawanlah Tipu Daya Depa...

Daftar warga Thai untuk tawan Kelantan

Salmah Mat Husain 

KOTA BHARU, 28 Feb: Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.


Baca seterusnya di sini.........
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ala.... perangai BN terutamanya UMNO Jahanam memang penipu dari Dulu, Kini dan Selamanya. Apa nak herannya. Maka PAS kena lawanlah tipu daya mereka. Takkan nak biaq kena tipu memanjang. Cerita dalam ceramah saja tak guna. Bukan tindakan.

Cuba himpun cerdik pandai dari PAS dan PR untuk pikiaq macamana nak buat. Kalau depa guna orang Petani sebagai pengundi maka dari la ni pi kempen kat depa di Thailand. Gunakan radio ka, paper ka untuk sebarkan maklumat di sana.

PAS boleh semak senarai daftar, puak-puak Petani dan Muslim Thai kebanyakan ada sedara mara di Malaysia. Ala.... macam-macam boleh buat. Takkan nak kena ajar....

Jadikan pengundi dari Thailand mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.