Isu Mat Indera jadikan Najib gabra. Jadi dia suruh Ketua Polis Negara Ismail Omar yang jenis melayu bodo piang kaki bodek penaik pangkat 30,000 orang anggota polis dari lans koperal ke koperal.
Awat anggota polis ni rajin kerja ka? Atau umno jahanam harap undi depa. Anggta polis yang kaki makan rasuah memang penyokong setia bn dan umno jahanam. Tak naik pangkatpun tak pa. Depa boleh kutip duit tepi jalan.
Apapun anggota2 polis ni semua kena berterima kasih banyak-banyak dengan Mat Sabu. Depa kena buat majlis macam di bawah. Buat upacara Mat Sabu pakaikan pangkat depa....
30,000 naik pangkat
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok.
Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.
"Kenaikan pangkat anggota yang ramai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan lans koperal tetap, sokongan dan lans koperal Orang Asli.
"Perdana Menteri selain itu turut meluluskan proses kenaikan tanpa temuduga tetapi anggota perlu mengikut syarat lain, termasuk tempoh tetap berkhidmat sebagai lans koperal iaitu selama lima tahun," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, di sini.
Ismail memberitahu, kelulusan tersebut juga satu kejutan buat PDRM kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
Katanya, berikutan itu, anggota-anggota yang telah dan akan dinaikkan pangkat perlu bekerja keras dalam menjaga keselamatan negara.
Menurutnya, pada Julai lalu, seramai 1,294 anggota polis berpangkat lans koperal telah dinaikkan kepada koperal.
Berita baik untuk anggota PDRM itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pelarasan kenaikan gaji dan elaun pada Februari lalu.
Dalam pengumuman tersebut, seramai 98,747 anggota dan pegawai telah menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.