Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy
Ketua
pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National
Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri
kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah
One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.
"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?
"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi. (Malaysiakini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.