Selasa, 31 Januari 2012

Pelakon Video Lucah Ini Masih Berlakon Ka?

Dulu apek ni jadi menteri kemudian dia letak jawatan ekoran video lucah lakonan telah beredar di pasaran. Tapi yang baguihnya apek ni dia mengaku dia buat lakonan tu. Tak macam pemimpin parti yang mengaku bangsa mereka tuan di negara ini, mereka jika buat salah seperti rogol budak bawah umur, bunuh orang, makan rasuah, tipu sana tipu sini semuanya mereka tak mengaku tapi mereka akan cari mangsa atau kambing hitam.

Cuma yang sama antara parti apek ni dan parti yang mengaku bangsanya tuan di negara ini, adalah perkauman mereka. Dari zaman sebelum merdeka hingga kini amalan politik perkauman mereka tidak tinggalkan dan mereka makin besarkan lagi. Mereka perkauman tapi mereka mengatakan orang lain begitu pula. Pelik!!!  


MCA menuduh Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

chua soi lek 020108"Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak," kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Chua, janji-janji itu hanya helah terbaru Pakatan Rakyat yang merupakan satu pembohongan yang amat besar untuk memenangi sokongan dan menggesa masyarakat Cina tidak terpedaya.

"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi menteri besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada PAS," kata Chua dipetik akhbar milik Umno itu.

Chua yang juga pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada PAS dan PKR untuk mendominasi pakatan pembangkang.

"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah PAS, bukannya DAP,” kata Chua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.