Khamis, 2 Februari 2012

Hello Murad Mamak Merican! Jangan Lupa BN/Perikatan Perintah Penang Sejak Merdeka.

A Murad Merican seorang Melayu keturunan Mamak Merican adalah seorang Professor di Universiti Tekonologi Petronas (UTP) telah bangkitkan hal Melayu Pulau Pinang dan cadangkan ditubuh satu suruhanjaya untuk warisan melayu Pulau Pinang.

Alasan yang dia bagi banyaklah dan ada 11 langkah untuk selamatkan warisan melayu di Pulau Pinang. Kononnya takut jadi macam Singapura (Singapore lagi disalahkan!!). Aku rasa hal ni berkaitan dengan isu di Batu Uban yang mana kampong Melayu dan masjid lama akan dipunggah oleh pemaju.

Sumber: Bujang Susah
Aku malas nak layan hal Melayu Penang ni. Dulu hujung 80an dan awal 90an aku kerja di Penang, memang banyak kampung-kampung di keliling Georgetown dipunggah dan dibuat pembangunan. Akupun terlibat sama, nak buat macamana aku pegawai syarikat pemaju. Ada yang dijadikan kawasan komersil, perumahan dll. 

Lagi satu aku meluat dengan mamak melayu penang sebab mereka jenis berlagak, hidung tinggi, perasan baguih, tak sedar diri, cakap besar dan suka perleceh melayu negeri lain sebab dudok di hulu. Pernah seorang tua guard tempat aku yang pencen drebar bot di pelabuhan tanya aku, "Dulu 'map-ple' kerja di Kedah sablah Sungei Petani tu ada jalan tar macam ni ka?" sambil tunjuk jalan depannya. Aku jawab dengan tanya dia "Mamu berapa kali keluar pi Kedah?" Jawabnya "Dua kali, Kedah tak besa sampai takat Kepala Bataih saja, sekali tu pi Singapore". Tu dia seumur hidupnya dua kali saja keluar dari pulau. Patutlah perak.

Tapi punca boleh berlakunya satu persatu kampung Melayu hilang adalah duit dan kuasa. Duit diterima oleh penduduk dan dalam masa yang sama orang Melayu yang berkuasa di Penang yang menggalakkan berlaku hal ini. Mereka adalah ahli politik dari parti UMNO.

Orang UMNO di Penang tentunya Melayu walaupun wajah mereka macam mamak tebar roti canai tapi mereka tetap mengaku Melayu. Mereka inilah yang menjadi barua. Merekalah yang memujuk orang kampung. Mereka jugalah yang takutkan orang kampung kalau pujukan tak laku. Merekalah penjual tanah-tanah Melayu di Penang. Kadang-kadang komisen mereka cukup besar. 

Sumber:  Bujang Susah

Cuba tanya Ibrahim Saad, apa dia buat semasa jadi Timbalan Ketua Menteri. Dia dan kuncu-kuncunya pun pandai pujuk orang Melayu. Gabenor Penang sekarang dulu politikus UMNO jugak. Hilmi Yahya & Sharip Omaq jadi TKMPP buat apa? Buat rumah besar ka? Ramai kalau nak senarai bekas-bekas exco Melayu dari dulu hingga BN kalah pada 2008. Apa mereka semua buat? Kenapa mereka tak usaha bantu orang Melayu?

Bagi aku Prof A Murad Merican sudah terlambat dan isu tubuhkan suruhanjaya ini. Dia patut suarakan hal ini di zaman Wong Pau Nee atau Lim Chong Eu atau Koh Sukun. Tapi apa dia buat? Hayun teloq ka? Apakah kerana UMNO telah jahanam di Penang dan akan jahanam selama-lamanya di Malaysia, baru dia berani bersuara?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.