Kasut dipakai di kaki. Orang tak pakai atas kepala macam serban atau ketayap. Walau macamana mahal sekalipun kasut adalah pakaian manusia yang terbawah sekali yang melindungi dari kekotoran, kesakitan dsbnya.
Kasut kalau diguna untuk lepas geram dan dituju pada orang tertentu, maka orang yang menjadi sasaran itu boleh dianggap telah terhina. Kehinaan itu boleh dianggap sial atau suwey bagi orang besar.
Kadang-kadang orang besar-besar ni kena diajar juga. Macam kejadian panel tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang dibaling kasut oleh seorang perayu dalam kesnya. Semuanya terlalu rigid dan tidak boleh menggunakan 'common sense'.
Padan muka hakim-hakim tu..... Suweylah kau orang semua!!
Imam 'BERSIH' baling kasut ke arah hakim
Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.
Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.
Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.
Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.