Rabu, 22 Februari 2012

Harussani itu Bayangan Apa?

Hari tu si Mufti Melayu Purba Harussani kata Najib gadai akidah kerana hadir upacara Thaipusam di Batu Caves. Maka ramailah yang memuji keberaniannya kerana memberitahu perkara benar, sampai penyokong Pakatan Rakyatpun terpesona. Aku pula, bila baca akhbar, blogs dsbnya berkenaan hal ini aku menjuihkan bibir saja. Podah! Harussani. Aku tak pernah percaya pada Harussani.

Tapi selang beberapa hari si Mufti Melayu ni buat "U-turn" kerana mengatakan kehadiran Najib tidak menyalahi hukum syarak pula. Apa punya pekak si Harussani ni? 

Sehari dua ni si Mufti Melayu Berong Harussani hadir pulak dalam majlis anjuran kumpulan sakai-sakai Melayu  iaitu JATI yang didalangi oleh Hassan Akidah PhD yang logo kumpulannya macam logo setan!



Apa lagi yang Harussani nak buat kalau masuk majlis macam ni.  Dia tentunya jual temberang. Lelong hadith Nabi SAW dan ayat-ayat Al Quran . Berrcerita Islam, Jihad, Melayu, dan Raja mengikut kesukaannya.

Yang syoknya si Harussani kata Rasulullah pernah bersabda "Raja itu adalah bayang Allah di bumi ini". Tapi bagi aku bunyi macam dialog dalam cerita hindustan saja. Ini yang aku marah ada ustaz-ustaz yang mengajar aku, depa tak pernahpun ajar aku hadith ni!

Aku nak tanya Harussani, "raja adalah bayang Allah di bumi ini" lagu mana maksudnya? Tapi yang aku tau mufti macam Harussani adalah "bayangan setan". Ataupun dia memang setan berketayap!



2 ulasan:

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.