Jumaat, 24 Februari 2012

Tak Mesyuarat Dengan Najib Pun Tak Pa...!

Khalid Ibrahim, Menteri Besaq Selangoq menrungut pasai Menteri Besaq dan Ketua Menteri dari kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tak dipangge untuk "Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114" di Putrajaya. Mesyorat tu Mat Monggol jadi pengerusi.

Ala.. depa memang macam tu. Puak-puak Umno Jahanam ni memang dah rosak jahanam. Depa ingat depa saja boleh pegang kerajaan. Orang lain tak boleh. Depa ni bukan ambik kira profesyonal ka dak. Depa buat ikut suka depa saja.

Hello Khalid... tak payah kecik hati la. Takat dok pi sembang dalam meeting dengan puak-puak penyamun tu buang masa saja. Banyak hal lagi hang dengan kawan-kawan hang boleh buat. Lagi pun kerajaan BN nipun dah nak mampuih tak lama lagi... ...

Pulau MB, KM Pakatan, Najib tak profesional, kata Khalid 3:30PM Feb 23, 2012

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin
Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

“Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN,” katanya dalam satu kenytaan media hari ini.

Sambil membidas Najib kerana mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat, Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik.

“Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.

“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia,” katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan.

Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet.

Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.