Sabtu, 9 Februari 2013

Gobala Supply Pil Khayal Kat Najib!

Memang sah Najib pekena pil khayal dan minum todi yang Gobalakrishnan supply. Dia tak tak tau apa yang mulut dia merepek. Kalau tanya dia balik apa yang dia cakap tentu mulut dia ternganga.

Najib pesan kat "pembangkang" selepas PRU13 ni mesti terima keputusan pilihanraya. Rakyat dah tak pilih depa.  Jangan dok buat huru hara.

Ha ha ha Najib tu dalam tak sedaq dia dah pesan kat diri sendiri, Mohyidin dan UMNO yang depa dah bungkuih masa tu. Pakatan Rakyat menang bermakna UMNO dan BN jadi pembangkang. Maka jangan dok buat huru hara. Kalau buat jugak polis-polis yang lama geram kat UMNO mesti pelangkong depa sampai berdeghemen.

Selamat menjadi Pembangkang wahai Najib dan UMNO Jahanam. Ingat pesanan sendiri!

PM: Terima keputusan PRU dan tak timbulkan huru-hara

Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
    
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. 

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat. 

"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara hari ini.
    
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri
 tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti. - Bernama

Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.