Selasa, 5 Februari 2013

Ketua Ulamak UMNO & Ketua Ulamak PAS

Dr Haron Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS adalah Haron Taib. Beliau pernah jadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu semasa PAS berkuasa sepenggal. Sepenggal saja dari 1999 hingga 2004 sebab PAS bungkuih. Selain dari pengundi hantu yang BN bawa masuk ke Terengganu, faktor orang macam Haron Taib juga penyebab kekalahan di Terengganu. Tengoklah keputusan PRU12 dulu, PAS negeri lain boleh menang banyak di Terengganu tetap ciput jugak!

Dulu dalam hujung 80an dan awai 90an kalau baca Harakah, ada Doktor di depan nama dia, Ustaz Dr Haron Taib. Tup-tup hilang Dr. Aku tanya kawan aku yang kuat PAS Wilayah masa tu, mana hilang Dr kat Haron Taib, dia jawab Haron Taib tak dak Dr, cuma dok buat PhD, baru buat PhD dah pakai Dr. Kemudian dengar cerita PhDpun  tinggai macam tu saja.

UMNO tak dak dewan ulamak. Depa suka guna 'pergerakan', macam Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri. Pergerakan Ulamak tak dak. Pasai apa tak dak? Dah ulamak tak boleh bergerak dalam UMNO. Ustad-ustad dalam UMNO tukang baca doa, kecuali depa ubah perangai jadi macam yang lain baru depa boleh diterima untuk berjawatan dalam UMNO. Maksudnya depa kena jadi setan jugaklah!

Dalam pada tak dak Pergerakan Ulamak tapi UMNO ada jurucakap dari kalangan ulamak. Depa ni  ada otoriti. Jadi mufti. Mufti ni kerajaan bayaq gaji. Kerja mufti senang dan mudah. Hanya jadi tukang baca doa dalam majlis melibatkan ketua agama negeri. Lain-lain kerja yang libatkan ketua agama macam doa kekah cukuq kepala anak cucu ketua agama. Doa masa ketua negeri dan anak cucu kahwin dan doa masa pertabalan ketua negeri.

Kerja lain mufti ialah tukang pengesah tengok anak bulan ramadan dan syawal. Bagi fatwa lebih kurang kalau ada timbul apa-apa masalah remeh-temeh umat.

Dan tugas hakiki yang penting adalah katup mulut, dudok diam dan senyap sunyi sepi bila ketua agama dan pemimpin parti pemerintah munafik sekular buat perkara yang tak betoi dan bertentangan dengan Islam.

Di kalangan mufti ada ketuanya. Bukan Pengerusi Majlis Fatwa. Ketua ulamak UMNO di kalangan mufti adalah Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Zakaria. Dialah yang paling menonjol. Dia lebih Melayu dari Islam. Rakan dia pernah tegur dia pasai terlalu jarang pakai jubah di mana sebagai mufti dia kenalah utamakan sunnah. Dia jawab mudah, pakai baju melayulah kita orang Melayu. Ha ha ha Mufti Melayu pakai baju batik macam Belia 4B.

Haru sana sini
Mufti ni perkauman. Dia sanggup jadi barua parti UMNO semasa nak tubuh kerajaan di Perak selepas PRU12. Dialah yang sibok pi Kota Baru menyembah Nik Aziz untuk PAS bergabung dengan BN bentuk kerajaan di Perak.

Mufti ni juga nak jadi juara mempertahankan orang Islam dari murtad. Dia gila jaja isu murtad pasai anak penakan dia telah murtad masuk kristian di Singapura. Dia yang berjawatan mufti rasa tercabar dan hangat hati. Jadi dia pulun isu tu.

La ni dia jadi tukang jaga nama Allah. Siap kata orang Islam akan menjadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah Allah. Bagi aku ketua ulamak UMNO bagi kenyataan ni hanya nak nak tunjuk UMNO betoi.

Dalam isu nama Allah ini Ketua Ulama UMNO dan Ketua Dewa Ulama PAS memang seia sekata. Depa sepakat dan berpendapat yang sama. Cuma Haron Taib takut nak buka mulut lebih. Pendapat depa selari macam pendapat depa untuk UG. Depa berdua yang kalut nak UG PAS dengan UMNO.

Bagi aku sapa yang mendokong UG orang tu adalah mempercayai dan yakin UMNO dan BN saja boleh menjaga Islam dan perintah Malaysia. Besaq mana serban yang dia, berapa hebat jubah dan berapa panjang janggut yang dia bela aku tetap tak percaya kat orang tu jika orang itu suka pada UMNO. Nak kata depa munafik aku tak berani la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.