Pelik si Nasa Mat Isa ni. Dia kata dia rasa kena zalim oleh Tok Guru Nik Aziz, chief dia dalam Majlis Syura Ulamak, pasai dia kena tendang dan anggap dia bukan ahli PAS lagi dengan tertendangnya dari Majlis Syura. TGNA dok kias-kias keahliannya dengan murtad dan cerai. Kendian surat pecatpun tak dapat lagi katanya. Kesian Nasa!
Boleh kesian ka kat orang macam Nasa ni? Dak kot. Zalimkah kalau TGNA kata macam dia kata kat Nasa? Jawabnya dak.
Apa pasai nak kesian kat dia? Nasa ni mana pernah dok kesian kat ahli dan penyokong PAS. Sikit abukpun tak dak rasa kesian dalam hati dia. Dia dok buat zalim kat ahli dan penyokong PAS adalah.
Masa dia jadi broker kerajaan perpaduan lepaih PRU 2008 dulu, dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS ka? Tak dak aih! Yang dia ingat dia boleh jadi Menteri kalau UG terbentuk.
Dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS kah masa dia dok cakap merapu macam dia bukan bekas nombor 2 dalam PAS. Pasai DAP, pasai Islam pasai macam-macam yang tak sama dengan pendirian PAS seluruhannya. Mana ada!
Dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS kah masa dia pi sana pi sini dengan Najib? Dia mana mau ingat tu semua. Yang dia ingat dia boleh menempek dengan Najib.
Tak dak sapa yang zalim kat dia. Patutnya dia ni kena diterajang keluaq dari Majlis Syura dah lama dah. Cuma ahli majlis yang lain dalamnya lembab. Depa lembab dan slow bukan pasai apa, depapun 2 kali 5 nak UG jugak!
Foto Malaysiakini |
Lagi satu.... kawan aku yang kononnya boleh agak perangai dengan tengok muka orang tu.... dia kata susunan gigi Nasa menunjukkan dia seorang yang tak jujur.... makan kawan katanya! Ha ha ha kepercayaan kuno!
Aku tanya kawan aku. Hang tengok muka Haron Din lagu mana pulak? Kawan kerenyeh sumbing saja!
---------------------------------------------------------------------
Nasha: Saya rasa seperti dizalimi
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.
Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".
"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.
"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.
"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.
Mengulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.
Baca seterusnya di sini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.