Isnin, 16 November 2009

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: Khairy Versi PAS

Tengoklah Khairy versi PAS. Foto di bawah ni biasa saja kalau lelaki tu aku tapi kalau yang hari-hari bahasakan diri "ana.... ana... ana..." lepaih tu MENANTU Tok Guru pulak...... Depan Mak & Pak Mertua pijak semutpun tak mampuih!!!



Kalau hujung minggu ni MENANTU tak letak jawatan atau Tok Guru tak berbuat sesuatu supaya Menantu letak jawtan lagi banyak pekong keluaq.

Lepaih ni akan ada SAKSI yang akan buat Sidang Media berserta Akuan Berkanun kot? Kalau setakat nak kejut orang nak saman orang tak heranlah MENANTU!!!

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB...

Isu Tajaan Haji: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB...

ISU TAJAAN HAJI Tok Guru Nik Aziz oleh seorang individu sebanyak RM65,000 mendapat ruang yang begitu istimewa oleh akhbar-akhbar dan blog milik Umno BN dan musuh-musuh politik beliau. Mereka menggunakan ruang dan kesempatan yang ada ini semahu-mahunya bagaikan bulan telah jatuh ke riba, atau emas hadir dalam periuk nasi mereka.

Sebelum memberi sedikit komentar yang mungkin dianggap tidak berapa ilmiah oleh sesetengah pengunjung blog tuan ini, izinkan saya cerahkan dan hadamkan beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan iman dan realiti sebenar di Kelantan.

Pertamanya, rasa hormat dan rasa terima kasih rakyat Kelantan terhadap golongan agama dan Tok Guru agama masih lagi yang teratas. Mereka ini tidak memuja artis sebagaimana lazimnya sesetengah pihak memuja artis bagai nak rak, mereka juga tidak memuja pembangunan sebagaimana lazimkan orang lain memuja pembangunan. Bagi mereka, Ulama mendapat tempat yang begitu istimewa dan mereka faham dan lumat akan maksud 'Ulama' adalah Pewaris Nabi'.

Penghargaan mereka terhadap Ulama' adalah pelbagai, salah satunya (bagi yang berkemampuan) adalah menaja pakej haji mana-mana Ulama' yang bagi mereka layak menerima penghargaan tersebut.

Sebelum TGNA dedahkan bahawa pemergiaan haji beliau pada 17 Nov ini ditaja seseorang, bukan tidak pernah tajaan seperti ini berlaku. Tanyalah mana-mana Ulama Besar di Kelantan ini, pasti mereka juga akan akui menerima tajaan tersebut. Itu sudah menjadi darah daging dan budaya turun temurun rakyat Kelantan; memulia dan meraikan Ulama'.

Zaman kegemilangan Tok Kenali dulu, beliau atau anak muridnya akan membawa sebiji bakul kalau ke pasar. Apa tujuannya? Tujuannya hanya satu, untuk memuatkan barang-barang dapur atau ikan, sayur dan apa saja yang disedekahkan oleh peniaga di pasar terbabit kepada beliau dan anak muridnya. Kalau kejadian itu dibawa ke hari ini, sudah tentu perlakuan itu nampak janggal dan tidak masuk akal, malah mungkin ada yang berani mendakwa Tok Kenali menerima rasuah. Tetapi benarkah dakwaan itu? Sudah tentunya tidak sebab itulah cara rakyat Kelantan memulia dan meraikan Ulama pada waktu itu.

Berbalik pada isu tajaan haji TGNA tadi, begitu jugalah roh dan semangatnya. Semua itu (penajaan haji) adalah atas sifat untuk memuliakan Ulama semata-mata dan meneruskan Budaya Orang Kelantan. Jadi apa yang pelik sangat? Kenapa perlu diperbesar-besarkan?

Keduanya, sebelum kalian semua membuat persepsi liar dan menilai TGNA, berapa orang yang sudah tambil menjunjung kasih mengadap beliau dan bertanyakan secara anak jantan atas dasar dan tujuan apakah tajaan haji tersebut, dan atas nas-nas apakah TGNA terima tajaan tersebut? Rasanya masing-masing sekadar bersandarkan persepsi dan telahan liar, dan bukannya datang dari mulut TGNA sendiri.

Ketiganya, tahukah kalian bahawa TGNA penuhi permintaan si penaja dan sanggup menerima tajaan haji tersebut semata-mata untuk memenuhi niat (nazar) seseorang? Kalian semua tidak tahu bukan? Habis kenapa semua perlu begitu cepat melatah kalau tidak tahu hujung pangkal? Kita sebagai ahli dan penyokong PAS sepatutnya berdiri teguh bersama-sama TGNA dan mempertahankan beliau dalam isu ini, bukannya turut tumpang semangkuk untuk menjatuhkan beliau.

Keempatnya, disinilah terletak SALAH TOK GURU. Isu ini terjadi sebenarnya berpunca daripada TGNA sendiri, SEMUANYA salah Tok Guru. Salah TGNA disini ialah SUKA SANGAT BERCAKAP BENAR. Orang moden yang berwadahkan 1Malaysia sekarang ini sudah tidak suka MANUSIA YANG BERCAKAP BENAR. Mereka lebih percayakan pembohong dan pemutarbelit daripada Ulama yang hidup dan matinya hanya untuk Islam. Sekian.

p/s: saya memberi keizinan penuh kepada blog tuan untuk menyiarkan pendapat saya ini memandangkan saya lihat blog tuan ini berani mengkritik perkara yang tidak betul didalam sesetengah benak pemimpin. Saya setuju ungkapan tuan bahawa 'terimalah pahit ubat, kerana sifat pahitnya itu untuk tujuan merawat'.



Selamat maju jaya dari,

Presiden TGNA FC.

__________________________________________________
Tok Guru adalah ULAMAK tidak dipertikaikan. Tapi dalam masa sama Tok Guru adalah MENTERI BESAR. Orang yang paling berkuasa di Kelantan. Hujah ulamak dan tok guru di Kelantan amat dihormati dan orang berebut-rebut nak taja, hadiah, sedekah dsbnya memang diakui TAPI Tok Guru lebih dari itu. Dia bukan Tok Guru pondok biasa. Hal ni pelu dilihat dari perspektif yang lain....

Tidak timbul persepsi dan telahan liar kerana di zaman moden ini maklumat amat cepat. Lagi satu orang yang nak taja Tok Guru ni bagi aku adalah orang yang TERGAMPANG kerana bernazar begitu.

Perangai orang PAS suka menghukum masih tidak berubah. Tidak boleh dikritik pemimpin mereka. Ini jenis yang "SOKONG BAWAK REBAH".

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU - Menantu Wajib Bawa Diri

Selesai pengiraan undi dalam PRU 1990 disahkan PAS bersama Semangat 46 menawan Negeri Kelantan. BN dan MBnya Mat Yaakob kalah. Aku adalah anak muda yang paling gembira waktu itu. Kegembiraan yang tak tergambarkan!

Dalam NST terpampang foto Tok Guru Nik Aziz keluar dari istana bersama Exconya selepas angkat sumpah di awal pagi. Aku bangga seorang ULAMAK menjadi MB.

Itu adalah kejadian hampir 20 tahun dahulu. Ianya sebahagian dari sejarah.

Kini terpampang dalam NST cerita Haji Tajaan dan MENANTU. Aku rasa sedih. Kenapa jadi begini? Seorang ULAMAK yang biodatanya selama 19 tahun terakhir ini tertera sebagai MB boleh melakukan kesilapan ini.

Mengapa boleh jadi begini? Siapa penasihatnya. Siapa yang memimpin tangan Tok Guru ke arah yang membahayakan Tok Guru. Siapa? Siapa? Siapa? Adakah budak muda kacak sebelah Tok Guru dalam foto di bawah:-


Apapun alasannya, aku berpegang kepada "Menantu Tok Guru Bukan Tok Guru".

Aku tak mahu dalam PRU 13 akan datang selepas tamat pengiraan undi, SPR umumkan dan sahkan BN menang dan tawan Kelantan. Dan yang paling sedih apabila tengok akhbar keesokkannya!!!!

Tolonglah..... pemimpin-pemimpin PAS, sebelum musibah besar menimpa nasihatkan Tok Guru iaitu "MENANTU TOK GURU WAJIBLAH MEMBAWA DIRI!!!"




Syeikh Tantawi Bela 2-Tok Guru

Bila baca posting Ketua Pemuda PAS, Syeikh Tantawi di sini, aku dapat buat satu kesimpulan iaitu Syeikh Din Tantawi ni seorang yang cuba menonjolkan diri untuk menjadi pembela (biasalah semua Ketua Pemuda parti apapun begitu) atau hero dalam menyokong pimpinan tertinggi (2-Tok Guru) PAS.

Dalam membela 2-Tok Guru ini, Syeikh Tantawi hanya menyalahkan orang lain. Baginya 2-Tok Guru kalau tak "maksum"pun hampir "maksum". Mereka tidak pernah dan tidak akan membuat kesalahan dan kesilapan.

Sokongan jenis ini adalah "SOKONG BAWAK REBAH".


Sabtu, 14 November 2009

Selamatkan Tok Guru - Air Mata Tak Laku

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?

Kickdefella

--------------------------------------------------

KOMEN AKU:

Aku dalam Bab Haji Tajaan dan MENANTU Tok Guru aku SOKONG Syeikh Kicdefella. Dulu Penarik Beca saja dok tegoq pimpinan PAS. La ni tambah lagi satu. Takkan Parti Islam kena tunggu orang fasiq, sesat dan kafir Quraisy tegur!!!

Apa ni bloger PAS dan penyokong PAS? Semua nak justify perbuatan Tok Guru dan Menantu Tok Guru. Semuanya nak jadi biri-biri yang boleh di tarik telinga ikut saja untuk disembelih! Ciss bodoh. Bang! Kakak! Airmata Tok Guru yang menitik semalam 'tak laku'.

Hanya kafir Quraisy dan Penarik Beca sesat saja yang jadi baral atau keldai. Hangpa pukui tara manapun kalau dia tak mau bangkit atau jalan hangpa tunggulah. Nak sembelih pun tak guna tak boleh dimakan.

Lagi satu syabas Husam Musa. Tuan telah memilih baral yang terbaik dan bukan biri-biri bodoh dan bangang.

Menantu Tok Guru adalah Menantu yang paling bangang yang Tok Guru ada. Dialah yang membuat semua FITNAH kepada Tok Guru.

Aku tetap pendirian: MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU


Kenapa Pimpinan PAS Membisu!

Aku dok cari-cari tak jumpapun komen dan pendirian pimpinan PAS lain dalam isu Haji Tajaan dan Menantu Tok Guru Nik Aziz.

Awat depa semua diam. Mana dia Hj Hadi? Mustapa Ali? Ketua Penerangan?

Kena syndrom bisu ka? Kalau setuju dengan hujah dan alasan Tok Guru Nik Aziz.... sokonglah dia. Kalau tak setujupun nyatakan pendirian.

Aku dok tunggu ni. Kalau depa side dengan Tok Guru Nik Aziz aku akan bantai. Kalau depa tidak bersama Tok Guru aku sokong depa.

Aku ahli PAS dan sokong PAS. Aku tak sokong pemimpin secara individu. Hal UG aku sokong Tok Guru Nik Aziz. Dalam bab Haji Tajaan dan Menantu memang aku tak berkenan dengan Tok Guru.


Jumaat, 13 November 2009

MENANTU TOK GURU: Jangan Tunggu Lama-Lama

Tajuk lagu amat sesuai dengan MENANTU.

Melody dan lirik hanya untuk hiburan semata-mata.