The Prophet Muhammad has taught me that if I dare not or do not have the power or strength to oppose evil with my hands or with my mouth, but only dare oppose it with my heart, then this is a sign of a very weak Muslim.
Nabi Muhammad telah mengajar aku, jika aku tidak sanggup atau tidak ada kuasa atau keupayaan untuk menentang kejahatan dengan tangan aku atau dengan mulut aku, tapi hanya boleh menentangnya dengan hati, maka ini adalah tanda Muslim yang paling lemah (iman).
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
I am Raja Petra Kamarudin and I incite hate. I am one of those the Home Minister, Hishammuddin Tun Hussein, has accused of using the Internet to spread hate. I admit to that crime and I do not deny it.
(Aku adalah Raja Petra Kamarudin dan aku penyebar kebencian. Aku seorang dari yang dituduh oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussaein, menggunakan internet untuk menyebarkan kebencian. Aku mengaku jenayah itu dan aku tidak menafikannya)
I am Raja Petra Kamarudin and I am a Muslim. I was born a Muslim. I did not convert to Islam. And as a Muslim I have undergone the basic Islamic education required of all Muslims.
(Aku adalah Raja Petra Kamarudin dan aku adalah Muslim. Aku dilahirkan Muslim. Aku bukan tukar anutan kepada Islam. Dan sebagai Muslim aku telah mengikuti asas pengajian Islam seperti yang diwajib ke atas setiap orang Islam)
I am Raja Petra Kamarudin and I have been taught to hate. I have also been taught to incite hate. My tendency to hate and to incite hate is due to my Islamic upbringing and my Islamic education.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku telah diajar untuk membenci. Aku juga diajar untuk menyebarkan kebencian. Kecenderongan aku untuk membenci dan menyebarkan kebencian adalah berpunca dari asuhan dan pengajian Islam aku.)
I am Raja Petra Kamarudin and I have been taught that all Muslims must hate. And I have been taught that all Muslims must incite hate. That is an obligation under Islam and my Islamic duty as what I have been taught by Islam.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku telah diajar bahawa semua Muslim wajib membenci. Dan aku juga telah diajar bahawa semua Muslim wajib menyebarkan kebencian. Itu adalah kewajipan dalam Islam dan tanggungjawab keislaman aku seperti yang diajar oleh Islam).
I am Raja Petra Kamarudin. I believe in Islam. And I believe in the teachings of Islam. I believe that Islam would not lie. I believe what Islam has taught me is true and should not be disputed or denied.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku percaya dengan Islam. Dan aku percaya dengan ajaran Islam. Aku percaya Islam tidak menipu. Aku percaya apa yang Islam telah ajarkan adalah betul dan tidak boleh disanggah dan dinafi)
I am Raja Petra Kamarudin. I believe myself to be a true Muslim. And I believe as a true Muslim I must uphold the teachings of Islam. And as a true Muslim I must harbour hate in my heart and incite hate as what Islam obligates all Muslims to do.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku yakin diriku Muslim yang benar. Dan aku yakin sebagai Islam sebenar aku wajib memegang pada ajaran Islam. Dan sebagai Muslim tulen aku wajib semai kebencian dalam hatiku dan menyebarkan kebencian seperti yang Islam perintah pada semua Muslim.)
I am Raja Petra Kamarudin. I hate. I incite hate. I hate and incite hate against everything that Islam commands Muslims to hate. I hate what Islam hates.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku benci. Aku menyebar kebencian. Aku benci dan menyebar kebencian ke atas semua perkara yang Islam suruh Muslim membenci. Aku benci apa yang Islam benci.)
I am Raja Petra Kamarudin. I am a Muslim. I uphold Islam teachings. I fulfil my obligation under Islam. I fulfil the most important obligation of all, and that is to hate all evil and to incite hate against evil.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Aku adalah Muslim. Aku memegang ajaran Islam. Aku tunaikan tanggungjawab sebagai Islam. Aku tunaikan tanggungjawab paling mustahak dari segalanya, dan itu adalah membenci semua kejahatan dan menyebarkan kebencian ke atas kejahatan).
I am Raja Petra Kamarudin. The Prophet Muhammad has taught me that I must oppose evil with my hands. That means I must physically oppose evil with force if necessary. I must take up arms to oppose evil. I must be prepared to die in the opposition of evil. That is what the Prophet Muhammad taught me.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku untuk menentang kejahatan dengan tanganku. Ini bermakna menentang kejahatan secara fizikal dan dengan paksaan jika perlu. Aku wajib mengangkat senjata untuk menentang kejahatan. Aku wajib bersedia untuk mati dalam menentang kejahatan. Itulah apa yang Nabi Muhammad ajarku.)
I am Raja Petra Kamarudin. The Prophet Muhammad has taught me that if I dare not or do not have the power or strength to oppose evil with my hands then I must oppose evil with my mouth. I must speak out against evil. I must shout from the highest mountain in opposition to evil. I must write relentlessly in opposition to evil. I must not allow evil to perpetuate without a sound coming from my mouth. I must incite people from all corners of this earth to hate evil.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad mengajarku bahawa sekiranya aku tidak sanggup atau tidak ada kuasa atau keupayaan untuk menentang kejahatan dengan tanganku, maka aku wajib menentang kejahatan dengan mulutku. Aku wajib bercakap menentang kejahatan. Aku wajib menjerit dari gunung tertinggi dalam menentang kejahatan. Aku wajib menulis tanpa henti dalam menentang kejahatan. Aku wajib keluarkan suara dari mulutku demi mencegah kejahatan dari berulang. Aku wajib menyebarkan pada orangramai dari segenap penjuru alam untuk membenci kejahatan).
I am Raja Petra Kamarudin. The Prophet Muhammad has taught me that if I dare not or do not have the power or strength to oppose evil with my mouth then I must oppose it with my heart. I must hate evil in my heart. I must despise evil in my heart. I must carry this hate in my heart every time I see evil being perpetuated.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku bahawa jika aku tidak ingin atau tidak ada kuasa atau kekuatan untuk menentang kejahatan dengan mulut maka aku wajib menentang dengan hatiku. Aku wajib membenci kejahatan dengan hatiku. Aku wajib melawan kejahatan dalam hatiku. Aku wajib bawa kebencian ini dalam hatiku setiap kali aku melihat kejahatan berlaku.)
I am Raja Petra Kamarudin. The Prophet Muhammad has taught me that if I dare not or do not have the power or strength to oppose evil with my hands or with my mouth, but only dare oppose it with my heart, then this is a sign of a very weak Muslim. Just hating evil in my heart without daring to oppose it with my hands or with my mouth means I am a Muslim who has hardly any iman or faith. This will make me only a ‘fringe’ Muslim and not a ‘true’ Muslim.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin. Nabi Muhammad telah mengajar aku bahawa jika aku tidak ingin atau tidak ada kuasa atau kekuatan untuk menentang kejahatan dengan tanganku atau mulutku, tapi hanya menentang dalam hatiku, maka ini adalah tanda Muslim yang amat lemah. Sekiranya aku hanya benci kejahatan dalam hatiku tanpa berani menentang dengan tanganku atau mulutku bermakna aku adalah Muslim yang tiada iman. Ini hanya menjadikan aku Muslim palsu atau bukan Muslim sebenar.)
I am Raja Petra Kamarudin and I incite hate. I am one of those the Home Minister, Hishammuddin Tun Hussein, has accused of using the Internet to spread hate. I admit to that crime and do not deny it. I hate and I incite hate because this is what Islam has taught me. I hate and I incite hate because this is what the Prophet Muhammad has taught me. I hate and I incite hate because I believe myself to be a true Muslim.
(Aku adalah Raja Petra Kamaruddin dan aku penyebar kebencian. Aku seorang dari yang dituduh oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussaein, menggunakan internet untuk menyebarkan kebencian. Aku mengaku jenayah itu dan aku tidak menafikannya. Aku benci dan aku menyebar kebencian kerana ini adalah apa yang Islam ajarku. Aku benci dan menyebar kebencian kerana ini apa yang Nabi Muhammad telah ajarku. Aku benci dan aku menyebar kebencian kerana diriku adalah Muslim tulen).
______________________________________________
Fuhh....... penatlah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.