Berita mengenai ADUN Seputeh Abu Hassan Sarif tidak hadir sidang DUN Kedah dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker Dr Abdul Isa Ismail dah ketahui ramai hanya belum kecoh. Speaker dah isytihar kerusi DUN tersebut kosong dan telah maklumkan pada SPR.
SPR macam biasalah kalau Speaker dari Negeri PR maklumkan sesuatu, mereka akan cari alasan untuk tidak patuh. Aku agak dalam kes ini pun serupa jugaklah SPR dijangka tidak isytihar kerusi kosong. Penjelasan Speaker Kedah (diambil dari blog KedahLanie) seperti di bawah:-
ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mahu satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Kota Siputeh kerana kerusi itu dianggapnya kosong ekoran kegagalan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif hadir sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.
Abu Hasan yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut didapati tidak hadir dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa kebenaran.
Menurutnya, berdasarkan artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, jika mana-mana ahli wakil rakyat tidak hadir dalam dewan dengan tiada kebenaran Speaker dua kali berturut-turut, tempatnya itu hendaklah dikosongkan.
Katanya, artikel itu jelas membuktikan Abu Hasan telah melanggar peraturan tersebut dan beliau tegas tiada ruang budi bicara dalam hal ini.
"Artikel itu menyebut 'hendaklah' kosong bukan menggunakan ungkapan 'boleh'. Ini bermakna mandatori tiada budi bicara, jika perkataan 'boleh' digunakan dalam artikel itu masih ada ruang pertimbangan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambah Abdul Isa, banyak persoalan timbul berhubung kegagalan wakil rakyat itu termasuk menyampaikan ketidakhadirannya kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Surat penjelasan dan permohonan maaf pula difaksimili pada 12 Ogos iaitu tiga hari selepas tamat sidang DUN yang berlangsung pada 9 Ogos sedangkan Abu Hasan mendapat cuti sakit selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Ogos.
"Pada 16 Ogos, Abu Hasan berjumpa saya dan menyerahkan sendiri surat rasmi tersebut di pejabat iaitu selepas empat hari surat itu difaksimili," katanya.
Mengenai dakwaan Abu Hasan ada pergi ke rumahnya tetapi beliau tiada di rumah, Abdul Isa memberitahu: "Jika tiada di rumah beliau boleh mencari saya di pejabat."
Beliau seterusnya menjelaskan, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri sudah dimaklumkan selama 21 hari sebelum persidangan dewan dan pada 9 Ogos lalu dua wakil rakyat tidak hadir iaitu Abu Hasan dan ADUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob tetapi Suraya ada memaklumkan kepadanya.
Aku baca nak gelak jugak...... Adaka si Abu Hassan bagi tau kat Det Lid. Dia ingat Det Lid tu MB lagi kot, ada power boleh beliak biji mata bagi tau Speaker, Speakerpun terketaq-ketaq takut....... Piraaah.......!!!
Pi rumah Speaker lagi...... awat nak ajak Speaker keluaq minum kopi ka sambil nak huloq enbelop......
Sebenaqnya puak-puak UMNO Jahanam ni bukan boleh bagi muka. Aku cadangkan kat Speaker, kalau SPR dok sebelah Abu Hassan.... tak pa. Salah sorang ADUN repot kat Jawatan Kuasa Hak dan Keistimewaan DUN. Kendian Speaker pangge lah jawatankuasa bersidang, arah Abu Hassan mai dan tanya dia soalan-soalan yang dia tentu tak boleh jawab. Apa lagi gantung Abu Hassan termasuk elaun dsbnya 2-3 taun. Alah..... ADUN dari UMNO Jahanam ni duit banyak..... depa tak heran lah......
Sebut Abu Hassan...... aku teringat filem P. Romlie - Abu Hassan Pencuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.