Selasa, 18 Ogos 2009

PDRM Hebat!!!

Gobala dituduh halang tugas polis
Ogos 18, 09 2:40pm

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Gobalakrishnan, didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang M Karunamuthi
daripada menjalankan tanggungjawabnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) di Bukit Mertajam pada pukul 11 pagi, semalam.

Beliau tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan minta dibicarakan.

Gobalakrishnan dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut pada 28 September depan.

Beliau dibawa ke mahkamah dengan sebuah ambulans dari hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 11 pagi dan dibawa ke bilik mahkamah dengan menaiki kerusi roda.

Tangan kanannya kelihatan dibalut.

Gobalakrishnan, 49, ditahan semalam selepas terbabit dalam satu pergelutan dengan anggota polis, kerana didakwa menggunakan bahasa kesat terhadap anggota polis dan enggan mematuhi arahan supaya berhenti.

Beliau mendakwa mengalami kecederaan sewaktu ditangkap dan dibawa terus ke hospital.

Di hospital beliau juga mengadu sakit dada.

Gobalakrishnan didakwa di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang kakitangan kerajaan melakukan tugas rasminya.

Tuduhan tersebut membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Gobalakrishnan diwakili oleh sepasukan lapan orang peguam yang diketuai ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

sumber: Malaysiakini


                     --------------------------------------------------------------------

Tapi lihat pulak Malaysia-Today... Well, he is a Keling, so what do you expect?

Patutlah ramai mati dalam lokap polis..... depan jurugambar dan orang ramaipun depa boleh buat macam tu..... kalau dalam lokap macamana pulak? Ataupun PDRM nak bagi orang cuak dan takut......



1 ulasan:

  1. Kompoen Bn makin menganazzzzz..ewahh sepantas kilat bawa mahkamah...nak tutup mulut jgn jadi bahan kempen PRK PP..itu la mentaliti polis hari ni...depa serbu gobala tuduh gobala menghalang tugas...itu macam ka..

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.