Rabu, 11 November 2009

Elakkan Fitnah: Nik Aziz Mesti Suruh Menantu Letak Jawatan

Apabila SPRM menyerbu pejabat PMBK, heboh di dada akhbar. Lantaklah tu kerja SPRM dan akhbar.

Tapi yang menjadi puncanya perlu dilihat. Seorang lelaki bernama Mohd Ariffahmi bin Abdul Rahman telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan yang menjadi Pengerusi PMBK adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. TGNA bapa mertua dan Ariffahmi menantu. Punca di sini bapa mertua lantik menantu. 

Bagi aku yang bukan ustaz dan tentunya bukan ulamak - malah belit serban pun tak tahu, perlantikan ini mengundang PERSEPSI yang negatif pada penyokong dan pengundi serta orang ramai. UMNO mesti seronok habis (mereka tak tunjuk saja!) kerana memudahkan kerja mereka. Bagi mereka pelanduk dah kena jerat atau ikan dah sambar umpan. Tunggu masa nak sembelih atau nak sentap.

Mustapa Mohamad mesti berkira-kira dalam PRU 13 nanti dia akan dapat nama kerana merampas Kelantan dari PAS. Kalau dalam PRU11 dia nyaris rampas Kelantan dalam PRU13 dia dengan mudah merampasnya. Namanya akan masuk dalam daftar sejarah UMNO menjadi orang yang merampas Kelantan dari PAS.

Berapa lama Kerajaan Kelantan yang diterujui oleh TGNA boleh MENGURUS PERSEPSI (istilah yang diguna oleh Syeikh Tantawi) ini? Isu ini tidak akan berakhir biarpun SPRM umumkan tiada unsur rasuah dalam perlantikan CEO dan CEO tidak amalkan rasuah. 

Isu mertua dan menantu tetap akan dimainkan. TGNA bagilah berapa banyak alasanpun PERSEPSI tak berubah. Yang boleh yakin dengan TGNApun ahli dan penyokong PAS yang pro TGNA. Mereka yang proUG bagaimana? Geng Terengganu macamana?

Sebaik-baiknya untuk mengelakkan fitnah kepada keluarga TGNA, PAS Kelantan, PAS keseluruhannya dan tentunya Pakatan Rakyat...... Ariffahmi (jika dia jujur dan ikhlas?) dengan rela hati letak jawatan. Tapi TGNA yang dah berpuluh tahun berpolitik dan lama memegang jawatan MB, suruh aje menantu letak jawatan. Kemudian buat damage control. Habis cerita.

4 ulasan:

  1. Salam Pakcik,
    hebat bahasa dan adab pakcik ya..mungkin ilmu agama oakcik ni setaraf tuan guru nik aziz kot..lemah betul la..baru kena tegur sikit dah suruh letak jawatan..macam mana nih..

    betul ke tuan guru yang lantik menantu dia tuh? ye ke...lagi satu pakcik..orang yang ikhlas dia tak mudah jatuh akibat sedikit tekanan..

    macam mana nak berjaya, kena sikit pun pakcik dah mengelabah

    BalasPadam
  2. Ibnu Ahmad,

    Hang nak kutuk aku hang punya pasai. Hang ada otak hang pikiaq lah.

    Jangan jadi pak turut macam biri-biri di arab. Gemala tarik telinga heret jalan sekoq yang lain beratuih-ratuih ikut saja.

    BalasPadam
  3. tah apa2 la hang ni, jangan duk kalut, dah dia ada kelayakan, tak kirala anak saudara ka, menantu ka, anak ka, bini ka, kalau dia rasuah tangkapje, apa susah?

    BalasPadam
  4. Memanglah dia ada kelayakan,tapi PERSEPSI bagaimana?.Dalam politik PERSEPSI kena ambilkira.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.