Khamis, 12 November 2009

Kickdefella Tidak Dipecat?

Umum mengatahui Syeikh Kickdefella dikatakan telah dipecat dari PMBK. Tapi bila aku baca penjelasan Menantu Tok Guru aku dapati Kickdefella tidak dipecat tetapi ditamatkan kontrak perkhidmatan saja.

Memecat dan menamatkan kontrak perkhidmatan adalah dua perkara yang berlainan. Tak sama. Tak serupa. Yang sama hanya kickdefella tak menjadi pegawai PMBK sahaja.

Macamana jadi CEO ni? Sebenarnya CEO atau sapa saja yang berkuasa memang berniat nak pecat Kicdefella, tapi bila kaji punya kaji tak boleh pecat buta saja.

Sebab apa? Kalau Syeikh bermasalah seperti tak datang kerja, tak buat tugasan dll yang melayakkan dipecat, tentu surat amaran telah dihantar berkali-kali sehingga dihadapkan untuk tindakan disiplin seterusnya dipecat.

Tapi mengapa di tamatkan perkhidmatan? Menantu Tok Guru telah hebahkan pada umum Syeikh Kickdefella ditamatkan perkhidmatan. Lihat bawah:_

Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa perkhidmatan Syed Azidi telah 'ditamatkan' dan bukannya diberhentikan.

"Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan.

"Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undnag-undang," katanya.

Nampaknya pemecatan Kickdefella dibuat secara adhoc. Bukan mengikut kaedah sepatutnya. Mengapa perlu PMBK bagi Kickdefella RM20,000/- sebagai pampasan sekiranya dia bersalah dan layak dipecat? Pampasan konon.... itu ganti gajinya bagi tempoh masa yang berbaki. Wang 20 ribu bagi PMBK dan Menantu Tok Guru mungkin tidak banyak tapi ia tetap wang Rakyat Kelantan. Apa Ketua Audit Negara akan komen dalam laporannya tahun depan?

Jika begitu cara dan kaedah pimpinan PAS negeri maka ianya sama saja dengan UMNO..... Masa suka lantik orang bila tak suka buang. Tak boleh buang... tamatkan perkhidmatan. Bagi pampasan konon. "Duit bukan duit aku....juga bukan duit pak mertua aku!!!"

AKU MASIH BAYANGKAN.....KALAULAH CEO PMBK BUKAN MENANTU TOK GURU.... DAN DIA BERTINDAK BODOH MACAM NI TAKLAH TERKAIT NAMA MERTUANYA. APA NAK KATA LAGI - "MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU".

1 ulasan:

  1. Hang ni buat-buat tak faham pulak la.

    Duit RM20k tu sebagai baki untuk tempoh kontrak dia. Kan dia kata kontrak Sheih tu sampai bulan Mac 2010. Betul lah tu. Kontrak tidak disambung. Kiranya Sheih dibayar sampai tamat tempoh. Cuma dia tak perlu lah datang kerja.

    Kira ok la tu. Cuma tak seronok bila dua-dua buat bising hal ni sampai kecoh seantero dunia. Macam drama Astro la pulak.

    - kuntau

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.