Ahad, 19 Julai 2009

AWAS!!! UMNO DAH RANCANG SESUATU

Aku baca media karat UMNO, tajuk beritanya "Motivasi pemimpin UMNO bulan depan". Bunyinya tak mengerikan langsung. Kalau Syeikh-syeikh PAS baca, depa mesti tak terfikir apa-apa kerana UMNO nak beri motivasi pada pemimpin saja. Depa sangka baik pada musuh politik depa. Kalau nasib baik, pakar motivasi PAS seperti Hasan Ali boleh buat bisnes guna proksi. 

Tapi aku baca, aku rasa lain. Aku pikiaq lain. UMNO mesti rancang sesuatu. Lebih-lebih lagi depa dah naik semangat balik dengan kekalahan yang tipis di Manek Urai. Bagi depa mengurangkan majoriti kemenangan PAS hingga ke tahap 65 undi saja - adalah kemenangan besar. 

Depa tentu akan pasang perangkap. Pasang jerat. Letak jerangkap samar merata-rata untuk menyusahkan Pakatan Rakyat. Kalau boleh biar PR lingkup sebelum PRU13. Biar PR pecah bawa haluan masing-masing.  Buat masa ini jatuhkan kerajaan PR di Selangor ka.... Kedah ka..... atau mana-mana yang boleh. 

Barua-barua UMNO, seperti SPRM, PDRM, Pegawai PTD, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu semuanya menjalankan kerja depa mengikut suruhan UMNO. Hakim-hakim pun sama.  Jasa depa terbukti di Perak. Perak adalah 'training ground' depa.

AWAS!!! Gerak kerja UMNO sedang berjalan. Depa ini umpama jerat yang tak pernah lupakan pelanduk. Jadi Sheikh-sheikh PAS janganlah galak nak berdakwah pada puak-puak ini. Buang masa dan puak-puak ini orang MUNAFIK yang wajib diperangi. 

Kalau Syeikh-syeikh PAS berasa seronok dengan UMNO, keluar PAS masuk UMNO. Asri Muda pun dah bagi precedence macamana nak buat kalau majoriti ahli PAS tidak sependapat dengan pimpinan atasan. 

1 ulasan:

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.