Khamis, 23 Julai 2009

PAS FOR ALL: CERITA USTAZ WACANA

Aku kenai sorang ustaz. Umuq 20an. Kelulusan luaq negara. Baru grad beberapa tahun. Jejak kaki ke tanah tumpah darah, dia rehat sat. Kendian dia mula aktif politik. Pendek cerita masuk PAS. Jadi orang kuat pemuda kawasan. 

Nasib dia baik, baru setahun jagung dalam PAS, berlaku PRU12. Ustaz ni bekerja keras, sekeras-kerasnya! Ditakdir Allah SWT, PAS menang 6 kerusi di Perak. Terlantiklah Ir. Nizar jadi MB Perak sebab Melayu lain dari PKR hanya posmen saja.  Ustaz ni tak nampak bodoh bersama PAS. Tak macam golongan yang sokong PAS di tahun 80an macam aku dan kawan-kawan lain. Dibodohkan oleh Umno, pasai sokong parti yang selalu kalah dan tak larat hidup!

Sejak tertubuh kerajaan PR di Perak, Ustaz ni makin galak berkerja untuk PAS tak kira masa. Dia dah kenai Wakil Rakyat DAP. Dia boleh jemput ADUN DAP ke program kawasan dia samada di surau, markaz PAS atau di dewan orang ramai. Kalau diperhati, dia kamcing habih dengan ADUN dan pemuda-pemuda DAP. Boleh bergurau senda. Ramai orang puji ustaz ni! 

Ustaz ni adalah contoh ustaz muda yang bijak, far-sighted, progresif, open minded dsbnya. Bukan senang oo... nak dapat ustaz macam ni. Kebanyakan ustaz lain dok cerita haram... haram... haram dan sikit halal saja. 

Sejak 50 tahun merdeka, kat Perak mana ada pemuda Umno Celaka jemput pemuda MCA atau MIC hadir dalam program keugamaan anjuran Umno setempat. Hampiaq pun depa tak bagi. Sebabnya, bagi orang Umno, orang MCA dan MIC adalah kapiaq, tak mandi wajib, minum arak, makan babi dan suka bermain dengan anjing yang najis mughalazoh; maka tak dijemputlah MCA dan MIC untuk hadir ke masjid dan surau. 

Tapi Ustaz dan kawan-kawan dia lain. Pendekatan lain. Dia nak perkenalkan Islam pada DAP dan PKR yang bukan Islam.  Contohnya dalam bulan Ramadan, orang DAP hadir majlis buka puasa. Sebelum buka puasa ada tazkirah, depapun dengaq jugak. Buka puasa sama-sama jamah tamar dan ayaq sejuk dengan penduduk yang hadir. Kendian semua yang muslim solat maghrib depa tunggu dengan tertib. Selesai solat sama-sama makan nasi dan lauk yang dihidangkan. Lepas makan 2-3 orang bagi ucapan hingga hampir Isyak baru bersurai. 

Penduduk yang samada penyokong atau bukan penyokong PAS pun terpegun...... Budaya baru. "Pasai apa 50 tahun merdeka, PR perintah baru jadi macam ni?" Terdetik hati depa. Perkara ni jadi buah mulut orang ramai. Saham ustaz makin naik.......   

.............. sori ada kerja... sambung kendian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.