Jika PAS Sudi Mendengar
Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.
Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?
Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.
Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.
Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
Dia nasihat tu...... Jangan dok maki orang, ulamak terutamanya. Lagi utama ulamak yang ada Tan Sri, Dato' Seri, Dr dll.
Wah... Syeikh Besar, Syeikh Kedua Besar dan Syeikh Tantawi dari PAS ada pembela lah. Mufti Melayu Harusani pun terbela sama. Tahniah... tahniah...
Depa yang dikatakan ulamak ni, satu geng. Kalau kena kat kita depa buat tak tau. Tapi kalau kena kat geng depa, biarpun depa tak sebulu dan sama-sama depa ada polemik yang dahsyatpun depa akan bela.
Orang lain semua tak betoi. Depalah juara Islam. Depalah hebat dalam hukum hakam. Depalah layak tegur orang. Tapi aku tengok dia ni tak ketahuan kepala ekor. Mai masuk tak tanya apa langsung. Cerita tak habis dengar. Orang dok ceghita bab lain, dia sangka bab lain.
Ha... apa lagi dia pun serupa Musa Hassan ....... buka Kanun Kesiksaan lah....... tapi Musa Hassan takutkan orang dengan dakwaan di mahkamah di Malaysia. Dia ni taraf hebat dia takutkan orang dengan.....................(sendiri tau lah!!).
Aku tak maki hamun dia aa...... Kalau aku maki orang pun aku tak pernah bela diri aku dengan menghalalkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.