Rabu, 22 Julai 2009

Ini Aku Suka

Berita dalam Malaysiakini bertajuk "SU Hadi jadi korban konflik PAS". 

Setiausaha akhbar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi korban awal dalam pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga seorang penulis blog, digugurkan daripada jawatannya tersebut setelah satu mesyuarat pemimpin atasan parti menerima bantahan terhadap peranannya.

Selain mesyuarat sebulan lalu, selepas muktamar PAS awal Jun, surat aduan tentang sikapnya - yang dianggap antara tokoh utama di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa - dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan" menjelang persidangan tahunan PAS itu.

Baca seterusnya di sini...

Aku baca aku teringat posting dalam blog hamirdin iaitu:-

MENUNGGU PERKEMBANGAN ROSLAN SMS

Assalamualaikum,

Telah mula tersebar berita mengenai Roslan SMS.

Sedang menunggu dan memerhatikan perkembangan terkini dalam hal ini.

Juga tunggu sms.

--------------------------------------------------------------------  

Eloklah tu adapun menyemak saja. Pi berambuih cepat. Pendokong kuat agenda kumpulan Kerajaan Perpaduan dalam PAS. Dia keluaq PAS masuk Umno pun aku lagi suka. Padan muka........

Yang lain tu bila pulak nak kena chau..........



2 ulasan:

  1. Perbezaan pendapat dalam jemaah janganlah sampai menghalau dan menghina ahli jemaah yang lain.Tidak harus berlaku begitu.

    BalasPadam
  2. saya pun menyokong tanpa nama...janganlah kerana kesilapann yang kecil kita panjangkan hingga kita putus kawan. Ada kesilapan yang boleh diperbaiki.atau mohon ampun kepada Allah. Biarkan dia kekal didalam PAS dan teruskan perjuangan.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.