Pelik. Apa akidahnya? Adakah dia masuk Islam dulu betoi niatnya? Kerana keimanan kah? Atau kerana harta, pangkat dan darjat? Atau pasai nak jadi bumiputera? Dia dah jadi juru kempen UMNO. Dia jadi barua UMNO. Orang Islam yang beriman tak akan jadi barua pecacai UMNO.
Dia pandai kata orang sekular, sosialis, kominis, ultra kiasu dsbnya. Contohnya dikutuknya Khalid Ibrahim kerana konon tidak layak pegang potfolio Ugama Islam tapi ingatkah makloh Cina ni sapa ketua ugama di Selangor. Hello makloh cina, adakah ketua ugama di Selangor itu seorang yang alim dan warak? Ketua agama Islam Selangor pakai jubah meleret dan serban besaq bakui ka? Ketua agama di Selangor hapai Quran, bila jadi imam boleh baca satu juz satu rakaat ka?
Apabila tengok perangai Ridhuan Tee, aku teringat cerita Abdullah bin Saba'. Mamat ni tak confirm betoi-betoi ujud atau tidak tapi dia dikatakan sebagai Yahudi yang peluk Islam kerana niat lain.
Apakah niat Ridhuan Tee? Sama dengan Abdullah bin Saba' kah? Bertaubatlah wahai Ridhuan Tee. Atau lain kali aku pangge Mr Tee saja....
----------------------------------------------------------------------------------------------
Bahaya Islam diterajui sekular sosialis
(Sinar Harian 23 Jan 2012)
Pengganti Hasan Ali hanya diberikan portfolio adat istiadat Melayu, Belia dan Sukan sahaja dalam rombakan exco di Selangor. Portfolio Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam diambilalih oleh pemimpin tertinggi Selangor ultra kiasu. Agak terkejut juga apabila pemimpin kanan PAS yang dilantik menggantikan Hasan Ali, tidak lagi diberikan amanah berkaitan dengan Islam, sedangkan PAS dan Islam sudah sinonim.
Menurut kata ultra kiasu tersebut, perlantikan dan rombakan exco ini telah dipersetujui oleh kepimpinan PAS. Nampaknya PAS terus tunduk kepada ultra kiasu. Sebelum ini, presiden PAS menegaskan, parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik. Persoalan saya, apakah benar?
Saya amat yakin perubahan ini dibuat kerana ultra kiasu amat takut jika PAS diberikan jawatan exco yang lama, sudah tentu akan berulang peristiwa lama. Persoalan arak, rumah urut, dakyah Kristian dan perkara berkaitan Islam akan menjadi kontroversi seperti yang pernah dilakukan oleh Hasan Ali. Untuk menyelamatkan keadaan, pemimpin sekular sosialis telah mengisi posisi tersebut.
Saya tidak menjadi masalah jika portfolio Islam diberikan kepada orang yang sekurang-kurang mempunyai sedikit asas Islam. Misalnya, bacaan dan pemahaman al-Quran dan Islamnya baik, walaupun tidaklah mencapai makam ustaz atau berlatar belakangkan pengajian Islam. Atau carilah sekurang-kurang yang pro kepada Islam. Tetapi bukan kepada yang sekular sosialis. Pada saya, tidak kena pada tempat dan tidak adil. Saya amat hairan dan pelik kenapa PAS membenarkan keadaan ini berlaku? Apakah benar dakwaan mengatakan PAS sudah menjadi semakin liberal disebabkan oleh parasit-parasit yang wujud?
Mungkin akan ada yang bertanya, Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), sedangkan latar belakang bukanlah pengajian Islam. Jawapan saya, latar belakang Zahid Hamidi dan Hasan Ali amat berbeza dengan pemimpin ultra kiasu Selangor itu. Mereka berdua boleh memahami dan membaca al-Quran, menjadi imam dan menyampaikan khutbah dengan baik. Cuba bertanya kepada pemimpin ultra kiasu Selangor tersebut, adakah beliau juga sedemikian? Saya bimbang nanti makmum lintang pukang lari mendengar sahaja ayat-ayat suci al-Quran dialunkan ketika menjadi imam atau berkhutbah.
Lebih mengejutkan lagi, tidak ada seorangpun pimpinan PAS yang memuji Hasan Ali atau mengenangkan jasa beliau semasa berada dalam PAS dan ketika menjadi Exco Selangor. 999 kebaikan yang dilakukan Hasan Ali dilupakan begitu sahaja, hanya kerana satu ‘kesalahan kecil’ yang dilakukan. Inikah akhlak Islam? Orang PAS selalu bercakap pasal akhlak, adab dan tata susila. Namun, bila masuk bab politik, semua perkara tersebut hilang entah ke mana.
Pemuda PAS mengingatkan Hasan Ali supaya jangan menjadi kuda tunggangan UMNO. Veteran PAS mengibaratkan Hasan Ali sebagai buah busuk yang akan gugur sendiri dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang dilemparkan kepada Hasan Ali, hanya kerana Hasan Ali, bukan lagi orang PAS.
Nampaknya, orang PAS sahaja yang baik, orang lain tidak? Kenapa ketika Hasan Ali berada di dalam PAS, yang buruk-buruk langsung tidak disebut? Habis manis sepah dibuang. Adakah ini cara PAS bertindak? Selama ini PAS selalu melabelkan UMNO sebagai kotor. Hatta, mereka yang menulis dalam media arus perdana ‘pro Umno’ pun dikatakan kotor. Semua yang dilakukan oleh UMNO-BN kotor, yang bersih hanyalah pakatan ultra kiasu ini. Sebab itu, saya tertarik dengan rasional Nasharudin Mat Isa yang juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro UMNO ingin menjadi anggota UMNO. Mereka sudah tidak ada ruang di medan lain, seperti Harakah, Roket dan Keadilan? Jika adapun, hanya cacian dan makian.
lebihnya baca dalam blog makloh ni....
Hasan A/L Ali tu dah lama teruk, dibenci oleh penyokong PAS ... baru ni saja tindakan drastik diambil.. takkan si Redhuan tak tahu Hassan tu parasit@ pengacau... apa lagi bising2 hal Hasan ni? Hasan takda dlm PAS lagi bagus. 3R la, 3rd Force la , bla bla bla.. konon.... mabuk kuasa ka dia ni?
BalasPadam