Rabu, 16 Januari 2013

Islam yang Pelik dan Celaru?

Aku hairan. Sungguh-sungguh hairan. Yang sebabkan aku jadi heran dan pelik adalah agama yang aku anuti ni. Agama anutan aku Islam. Tiada agama lain hanya Islam. Sebab Islamlah aku solat lima waktu sehari semalam dan ditambahan lagi dengan solat-solat sunat yang termampu. Solat adalah tiang agama. Solat lima waktu adalah tiang utama manakala solat sunat adalah tiang-tiang yang mencantik dan tupang tambahan kepada tiang yang utama.  

Semua yang termaktub dalam Rukun Iman aku percaya dengan yakinnya.Tak dak satupun yang aku was-was. Aku percaya Allah itu tuhan aku dan tuhan kepada sekelian alam.  Sebab itu jika ada orang yang hendak menghadkan Allah itu sebagai tuhan orang Islam saja aku rasa mereka buat lawak yang boleh buat aku gelak guling-guling.

Semua yang tersenarai sebagai Rukun Islam iaitu kefardhuan untuk dibuat dan dilaksanakan aku buat. Aku mengaku Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Dari kecik aku diajar dan aku sentiasa mengulang-ulang lafaz itu tiap-tiap hari dan aku amat berharap ia menjadi kata-kata terakhir aku di hujung hayat aku.

Berpuasa dan berzakat aku laksanakan bila tiba masanya. Malah aku telah menunaikan haji ke Mekah yang tulen dan bukan di Kg Seronok. Ramai kanalan aku panggil aku Haji, akupun suka juga dipanggil Haji bukan kerana aku bangga bergelar Haji tapi kerana panggilan Haji membuat aku berhati-hati dan berjaga-jaga dari melakukan perkara dan perbuatan buruk. Jadi panggillah Haji Lee, Encik Lee, Abang Lee, Taiko Lee, Pak Lee dan Charq Lee atau Chor Lee aku tak kisah. 

Aku bukan gila gelaran. Kalau aku gila gelaran dah lama aku pakai Dato' atau Datuk. Allah SWT bagi aku rezeki yang banyak dan aku mampu bayar. Depa kata gelaran dari satu negeri tak dak sultan cuma 30 hingga 50 ribu saja. Ada orang hubungan yang tawarkan kepada aku. Aku cakap tak payah, duit tu boleh aku buat pi makan angin pusing dunia atau bagi belanja anak aku belajar kat luar negeri lebih berfaedah dari gelaran yang karut itu.

 

Islam. Orang Islam. Hukum Islam. Ekonomi Islam. Makanan Islam. Pajakgadai Islam, Bank Islam dan segalanya Islam. Kenapa nak dikaitkan dengan Islam? Adakah kerana pahalanya dan balasan syurganya? Atau adakah kerana Islam itu ada nilai komersialnya? 

Islamkah Bank Islam yang melaksanakan perbankan Islam? Mungkin ia mumgkin tidak. Jawab ya kerana bank itu menjamin semua kegiatan perbankan dan pelaburannya mengikut syariat Islam. Untuk lebih menyakinkan lagi istilah-sitilah orang puteh telah menjadi istilah arab. Tapi kiraan risiko dan keuntungan yang dikenakan ke atas peminjam kelihatan dikira berdasarkan kadar bunga juga. Cuma istilah tertentu digunakan untuk membezakan. Adakah Bank Islam dan perbankan Islam itu boleh diandaikan "Yahudi yang memakai nama Arab".

Cerita pasai Bank Islam ini mestilah ingat kes Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin telah digantung tugas kerana membentang dan mengupas senario keputusan yang bakal berlaku dalam pilihanraya yang akan datang. Bos dia tentunya orang Islam yang nak bodek atau mendapat arahan orang Islam lain telah gantung kerja dia. Islam ajar macam tu kah? Islam ajar boleh aniaya orangka?

Lagi satu, ada satu betina yang namanya bunyi macam orang Islam dan tengok video adalah dia dok sebut "insyaalah", dengan berlagak dan kurang ajarnya merepek kepada seorang mahasiswa UUM yang bukan Islam. Adakah Islam mengajarnya jadi angkuh, sombong dan eksyen? Islam ajar orang Islam boleh hina orang lain kah?

Nama Allah punya cerita tak habis-habis lagi. Sampai PAS dan ulamak-ulamaknya jadi macam bodoh dan bengong pasai terseret sama dalam isu ini sehinggakan Nik Aziz dan Haji Hadi telah buat kenyataan yang flip-flop! Lebih-lebih lagi ada puak-puak UG di kalangan ulamaknya. Itu sebab keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu berbunyi macam kehendak geng UG yang mendominasi Majlis Syura, buktinya Nasa Mat Isa masih lagi tercogok dalam Majlis Syura walaupun dia cakap dan buat hal macam-macam. Boleh percayakah orang Islam macam ni? Boleh percayakah jika ulamak Islam macam ni yang partinya bakal memerintah Malaysia?

Bab nama Allah ini kelihatan orang-orang Islam yang akidah tak mantap, orang jahil, orang yang tak solat 5 waktu, orang yang kaki togok arak, pemakan riba, pemilik bar dan pub, penyokong kerajaan yang zalim, penzina dan  pemakan rasuah adalah orang-orang yang kuat melobi mencegah orang bukan Islam guna nama Allah. Ini yang aku paling heran dan takjub. Hingga ada pemerintah satu negeri tu yang kononnya tugasnya menjaga Islam tapi kehidupan anak beranaknya tunggang langgang siap keluar perintah melarang menggunakan nama Allah.

Apakah semua orang Islam yang tak pertahan nama Allah kaedah Melayu Malaysia semuanya telah murtad seperti yang difatwakan oleh Noh Gadut?

1 ulasan:

  1. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?" 28-71

    dengarlah perintah Allah yakinlah

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.