Sabtu, 19 Januari 2013

Adakah Pendedahan Dalam Siasatan RCI Untungkan PR?

Adakah Pendedahan Dalam Siasatan RCI Untungkan PR? Itu persoalannya. Najib dan kuncu-kuncunya tentu tahu kesan negatif kalau siasatan RCI berkenaan pemberian warganegara di Sabah mendedahkan salah laku kerajaan Barisan Nasional. Tapi mengapa dia tubuhkan RCI khas ini?

Memang pendedahan dalam siasatan yang berjalan sekarang kelihatannya menyebelahi PR. Saksi-saksi yang dipanggil mengaku mengeluarkan kertas pengenalan sementara kepada pelarian Filipina untuk bolehkan mereka mengundi. Nama Mahadet dan baruanya Aziz Samsudin Pendek telah dikaitkan.

Mahadet pun yang terkejut (atau buat-buat terkejut!) dengan pendedahan itu telah tak sengaja dan megahnya telah mengaku beri kewarganegaraan. Tapi macam biasa Mamak Pedukang tua gayut ini jawab macam Pak Pandir. Maksudnya bukan aku saja bagi Tunku Andul Rahmanpun bagi juga.

Pemimpin-pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR kena ingat, kenyataan Mahadet itu bukan sebenarnya membantu Pakatan Rakyat tapi boleh mengurangkan sokongan pada PR. Kenyataan Mahadet akan menjadikan pengundi Melayu yang 50-50 akan berfikir panjang sebelum masuk tempat mengundi dan mungkin mereka akan beri untuk kepada BN. 

UMNO tentunya dengan mudah berkempen, lebih-lebih lagi kempen senyap atau di kawasan utara dipanggil "kempen kesot" di mana UMNO akan menyebarkan Tunku Abdul Rahman bagi kerakyatan kepada Cina dan Hindu yang kafir untuk merdeka. Tapi Mahadet bagi kerakyatan kepada orang-orang Islam dari Filipina, Indonesia, Kemboja, India dan Pakistan. UMNO telah menaikkan peratusan rakyat Malaysia yang Islam. Itu kerja yang baik. Jihad!  Wahai orang Melayu PR apa tuan-tuan semua nak jawab nak cuci kempen mereka?

Dalam kursus-kursus BTN atau ceramah tertutup khas untuk orang Melayu dalam tahun 1980an dan 1990an, perkara menambah rakyat Malaysia yang Islam itulah yang ditekan-tekan oleh mereka. Macamana nak tambah orang Islam? Mudah kata mereka, orang Melayu tak digalakkan merancang keluarga dan susahkan kehidupan orang bukan Melayu supaya mereka migrate ke luar negara. Manakala kaedah yang paling cepat ialah biar pendatang dari negara jiran masuk tak kira secara haram atau tidak, lebih-lebih lagi yang bermuka seperti Melayu.

Lagi satu, pendedahan dalam RCI merujuk masa Anwar Ibrahim jadi TPM dan Menteri Kewangan dalam tahun 1990an. Takkan Brother Anwar tak tau? Orang nombor 2 dan jaga hal kewangan tak taukah? Sedangkan Anwarlah  yang menjadi kepala dalam menjatuhkan kerajaan kristian PBS pimpinan Pairin Kitingan. 

Hal ni boleh menyebabkan pengundi bukan Islam Sabah sakit hati kepada Anwar Ibrahim. Mereka mungkin memberi undi kepada parti-parti tempatan yang akan memecahkan sokongan kepada PR.

Berhati-hatilah! PRU13 memang semakin hampir. Pejam celik pejam celik akan tiba masanya. Tapi bukan semua isu semasa akan menyebelahi PR. Garu-garu kepala fikir-fikir macamana nak mengahadapinya. Hal ini bukan hanya menggoyangkan sokongan orang Melayu pada PR, malah Ulamak-ulamak UG dalam Majlis Syura Ulama PAS pun akan diserang darah tinggi dan sakit jantung apabila fikirkan hal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.