Wisma Putra atau Kementerian Luar wajib panggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaaysia untuk mengadap. Ini bertujuan untuk membuat bantahan. Baantahan ini adalah oleh Kerajaan Malaysia kerana Kerajaan Indian dan Kerajaan negeri Uttar Pradesh khususnya telah membiarkan nama Allah dihina berabad-abad lamanya.
Di samping Menteri Luar dan pegawai kementerian, Wisma Putra mesti menjemput wakil-wakil dari Majlis fatwa, Ulamak UMNO, Ulamak Pas dan tidak lupa wakil raja-raja Melayu terutamanya wakil Sultan Selangor untuk hadir dalam perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi India itu.
Dalam perjumpaan itu mereka semua terutamanya Dr Haruan Din dan Noh Gendut mesti bagi kuliah dan taruk kaw-kaw Pesuruhjaya Tinggi India itu. Haruan Din dan Noh Gendut boleh ajar bab tauhid dan bab nama Allah. Terutamanya larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan yang lebih teruk lagi membiarkan sebuah bandaraya yang menggunakan nama Allah yang dipenuhi oleh orang-orang Hindu yang kafir dan diadakan upacara hindu yang terang-terang perbuatan syirik dan mungkar serta maksiat pada Allah.
Bolehkah nama tuhan Allah dijuzukkan pada sebuah bandaraya yang kotor, penuh dengan tokong-tokong Hindu dan menjadi tempat perhimpunan terbesar agama Hindu di dunia yang kerap diadakan iaitu Kumbh Mela di mana penganut Hindu datang sembahyang, mandi-mandi dan minum air dari tempat pertemuan Sungai Ganges dan Yamuna? Bandaraya ini juga tempat lahirnya kitab Hindu iaitu Veda. Epik Ramayana dan Mahabrata juga datang dari sini.
Kerajaan Malaysia yang terajui oleh Barisan Nasional yang tunggaknya UMNO yang begitu kuat menjaga dan memelihara nama Allah memang berkewajipan untuk membuat bantahan dan menentang penyalahgunaan nama Allah. Begitu juga ulamak-ulamak muda dalam UMNO serta ulamak Parti Islam se Tanah Melayu (PAS) yang telah terperangkap dalam isu ini serta raja-raja Melayu dan pembodek-pembodek semuanya wajib bersatu mempertahankan nama Allah. Kerajaan India mesti diberi amaran.
Kesucian nama Allah bukan hanya boleh dipertahankan di Malaysia atau Selangor sahaja tapi disemua penjuru dunia samada di negara Islam atau negara orang-orang kafir seperti Ini. Jika mereka degil dengan tidak menjaga dan mempermainkan nama Allah, mereka mesti diperangi.
Inilah masa terbaik untuk berjihad. Khairy Jamaluddin boleh mengetuai anak muda berjihad. Azeez Raheem Mamak Pedukang boleh bawa mat rempit yang berpontensi mati di atas jalanraya atau mengalami cacat seumur hidup untuk berjihad supaya hidup dan mati mat rempit tidak sia-sia.
Wisma Putra mesti bagi amaran keras dan memberi kata dua kepada Pesuruhjaya Tinggi India supaya nama bandaraya ALLAHABAD, yang terletak dalam negeri Uttar Pradesh, India ditukarkan kepada nama lain.
Ataupun Wisma Putra dan para mufti, UMNO, ulamak-ulamak UMNO dan PAS, raja-raja dan pembodek-pembodek raja mesti menyokong tuntutan kumpulan nasionalis Hindu yang menuntut supaya nama Allahabad ditukar kepada Prayag atau Prayagraj.
Kalau bantahan dan tuntutan seperti yang dicadangkan ini, jika mereka-mereka ini tak berani atau takut nak usik Keraajaan India mereka tak payah sibuk-sibuk nak jaga nama Allah. Semua orang tahu nama Allah ada 99 nama dan Allah SWT yang merupakan tuhan sekelian alam tahu menjaga namanya sendiri.
Ini cabaran aku kepada semua tak dikiralah sesiapapun berkenaan nama Allah samada di pihak kerajaan atau pembangkang yang jadikan Allah itu tuhan orang Islam sahaja.
Tengok video ni dulu, pendapatnya aku setuju!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.