Rabu, 7 April 2010

Hasrussani: Sila Bagi Fatwa, Adakah Biawak Ini Halal Dimakan?

Saintis telah jumpa satu spesis biawak besar yang hidup atas pokok di dalam hutan Utara Filipina. Biawak berwarna terang sepanjang 6 kaki 6 inci yang suka bersembunyi, adalah spesis yang memakan buah-buahan ditemui di kawasan hutan yang berpenduduk padat di Pulau Luzon yang hutannya telah gondol.

Penemuan biawak tersebut digambarkan sebagai 'kejutan belum pernah terjadi sebelumnya' oleh para sanitis.



Diburu kerana dagingnya yang enak, biawak ini memang digemari oleh puak suku kaum yang hidup di hutan pulau tersebut. Namun para saintis tidak pernah menyedari kewujudan spesis ini.


Komen aku:


Macam sedap saja daging bewak tu. Lagipun dia makan buah-buahan saja. Lebih kurang 'biawak pasir' atau 'dhab' di tanah arab. 

Apa macam Mufti Melayu Harussani Zakaria, boleh bagi hukumkah? Halalkah dimakan oleh orang Islam? Janganlah malas terus hukum haram. Buatlah kajian. 

Orang Melayu tak ada masalah, rasuahpun boleh disapu, inikan pulak biawak. Tentu dibedalnya. Tak perlu fatwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.