Sabtu, 10 April 2010

Subramaniam Tak Suka Palanivel Jadi Calon BN Hulu Selangor

S. Subramaniam Ahli Parlimen Segamat juga Menteri Sumber Manusia tentunya tak suka sekiranya MIC menamakan G Palanivel menjadi calon BN di Hulu Selangor.



Hal ni dijangka kerana dalam hirarki MIC, Palanivel adalah Timbalan Presiden, manakala Subramaniam pula Naib Presiden. Kedudukan Subramaniam lebih rendah daripada Palanivel.

Jika Palani jadi calon dan menang pula, kedudukan Subra dalam kabinet akan tergugat. Palani mesti mahu jawatan Menteri kerana dia telah jadi MP dan dia pula lebih kanan dari Subra.

Peruntukan kerusi Menteri pada MIC hanya satu saja. Kalau Presiden MIC Samy Vellu masuk campur, tentu Subra dipaksa untuk meletak jawatan sebagai Menteri bagi memudahkan PM melantik Palani sebagai Menteri. Kemudian jawatan paling tinggi pada Subra hanya Timbalan Menteri saja.

Pada pendapat aku, Subra sedaya upaya cuba menggagalkan percubaan untuk Palani dicalonkan. Tapi jika Subra berani, dia sepatutnya biarkan Palani bertanding di Hulu Selangor kerana Palani belum tentu boleh menang. Dia juga boleh memainkan peranan untuk menewaskan Palani dalam PRK itu.



Jika Palani gagal kali ini, masa depan Palani menjadi semakin gelap dan harapan Subra untuk merampas jawatan Timbalan Presiden MIC makin cerah. Kedudukannya dalam kabinet tentu tidak tergugat langsung.

S. Subramaniam pun tidak pernah menjangka dia akan dilantik sebagai Menteri kerana ada Samy Vellu dan G. Palanivel. Tapi takdir Allah telah menentukan dua-dua pemimpin MIC ini kalah dalam PRU12 yang lalu. Kekalahan mereka membuka laluan pada Subra untuk menjadi Menteri kerana beliau adalah terkanan yang menang pada masa itu di mana belaiau adalah Setiausaha Agung MIC.

Jadi beliau telah merasai kesedapan dan kekuasaan jawatan Menteri, maka beliau dengan sedaya upaya akan mempertahankannya. Beliau tentunya juga memerhati jawatan Presiden MIC untuk diambil dari Samy Vellu. Beliau mungkin juga berharap kejadian seperti PRU12 berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.