Motif pembunuhan memang tiada kaitan dengan Ibrahim Ali. Tapi perangai dan fahaman politiknya yang terlalu perkauman dan mengagongkan ketuanan bangsa adalah sama bagi dua orang itu, iaitu Ibrahim Ali dan Eugene Tereblanche.
Sorang di Malaysia dan sorang di Afrika Selatan. Yang di Afrika Selatan telah ditakdirkan Allah SWT dibunuh. Dibunuh pula kerana dia kencing gaji dan upah pekerja saja. Baca di bawah....
Pemimpin Haluan Kanan Afrika Selatan Dibunuh
Eugene Terreblanche, pemimpin haluan kanan dan Ketuan Kulit Putih Afrika Selatan, yang berjuang untuk memelihara aparteid pada awal 1990-an, telah dipukul dan ditetak sampai mati di ladangnya.
Polis berkata Terreblanche diserang di ladangnya yang terletak di luar Ventersdorp, pada hari Sabtu, dipercayai akibat dari pertikaian upah yang belum dibayar, lapor akhbar Johannesburg Star.
Dua pekerja, seorang lelaki berumur 21 tahun dan seorang remaja 15 tahun, ditangkap dan didakwa membunuh, Star melaporkan.
"Dia ditetak sampai mati ketika sedang tidur siang," kata seorang rakan keluarga, ahli Afrikaner Resistance Movement (AWB), kepada agensi berita Reuters.
Media tempatan mengutip berita ahli parti lain yang mengatakan dia dipukul dengan paip dan parang.
"Mayat Terreblanche ditemui di tempat tidur dengan kecederaan pada muka dan kepala," kata jurucakap polis yang dipetik dari berita AFP.
Polarisasi Kaum
Terreblanche, 69, telah menyepikan diri sejak dibebaskan dari penjara pada 2004 setelah menjalani hukuman tiga tahun dari lima-tahun masa hukuman kerana percubaan pembunuhan.
Dia telah berada secara relatifnya diam meskipun partinya telah bangkit dua tahun yang lalu dan usaha terakhir untuk membentuk satu front kesatuan di antara kumpulan kulit putih berhaluan kanan.
Pembunuhan itu berlaku di saat meningkatnya kebimbangan akibat polarisasi kaum di Afrika Selatan, ditambah dengan baris senikata lagu yang dinyanyikan oleh Ketua Kumpulan Pemuda ANC parti pemerintah dengan lirik "Bunuh Boer".
Terreblanche sentiasa mengakui bahawa dirinya sebagai Boer.
Baca seterusnya S Africa far-right leader killed
Baca juga White supremacist Eugene Terreblanche murdured in pay dispute
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.