Pemandu teksi dari Indonesia dituduh bunuh Mohd. Shah
24/02/2010 12:38pm
MELBOURNE 24 Feb. – Seorang pemandu teksi kelahiran Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Burwood, Sydney, hari ini kerana dituduh membunuh rakyat Malaysia, Mohd. Shah Saemin pada Ahad lepas.
Hazairin Iskandar, 55, dituduh membunuh Mohd Shah, 43, seorang pemandu di pejabat Konsul Malaysia, di luar rumah Mohd. Shah di Lebuh Marion di Leichhardt di barat Sydney, demikian menurut laporan Australian Associated Press.
Mohd. Shah yang berasal dari Melaka, ditikam dan dibelasah dengan tukul besi dan meninggal dunia di kaki lima. Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan orang ramai.
Majistret Christopher Longley tidak membenarkan Iskandar diikat jamin dan menetapkan agar kes itu didengar di Mahkamah Tengah Sydney pada 20 April ini.
Menurut laporan, polis sedang mencari seorang lagi lelaki berhubung kes itu.
Iskandar ditahan di rumahnya di Croydon semalam bersama seorang wanita yang kemudiannya dibebaskan.
Isteri Iskandar bekerja bersama dengan Mohd. Shah, seorang duda yang telah menetap di Australia sejak 10 tahun lepas. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.