Khamis, 25 Februari 2010

Pemimpin BN jadi Ayam Laga

Presiden MCA Ong Tee Keat kata Penasihat DAP Lim Kit Siang suka laga-lagakan pemimpin BN. Lihat di sini....

Betulkah begitu? Salah. Pemimpin-pemimpin komponen parti dalam BN memang suka bergaduh sesama sendiri.

Lihat UMNO Jahanam. Tak payah bagi contoh. Dari dulu, kini dan selamanya sehingga lingkup jahanam parti itu pemimpin-pemimpin di semua peringkat tetap akan bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri. DAP punya angkarakah UMNO Jahanam jadi begitu? Tidak

MCA pulak Ong Tee Kiat berpakat dengan Liow Tiong Lai bergaduh dengan Chua Soil Ek. Kemudian bersekutu dengan Soil Ek pula palang kepala Liow Tiong Lai. Lim Kit Siang punya kerja laga-lagakan mereka kah? Tidak.

MIC. Tak payah ceritalah. Siapa tak kenal Samy Value dengan lain-lain pemimpin MIC. Mereka tidak pernah dilagakan oleh DAP. Tapi masing-masing syok berlaga.

Lain-lain parti komponen BN. Sebut saja dah boleh terbayang mesti ada cerita berlaga. PPP, Gerakan, PRS dan boleh dikatakan kesemuanya berlaga. Dah jenis ayam laga kot..... Pantang berjumpa mesti berlaga.


Sebenarnya DAP dan Lim Kit Siang tidak perlu melaga-lagakan mereka, Mereka tetap akan berlaga apabila tiba masanya. Apa yang perlu bukan saja DAP malah semua orang boleh menonton mereka berlaga, yang kalah akan cedera yang menang akan letih. Apa tunggu lagi sembelih saja.....

Punca mereka begitu adalah berebutkan kekuasaan yang membawa kepada kekayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.