Isnin, 22 Februari 2010

Perang Falklands antara Britain & Argentina tapi Malaysia Bodoh.

Apabila aku baca NST Online - Argentina supporter hacks Falklands Newspaper..... aku teringat pada awal 80an iaitu berlaku perang yang dikenali sebagai Perang Falklands.

Perang bermula apabila tentera Argentina menawan dan menduduki Port Stanley, Pulau Falklands kerana menganggap Kepulauan Falklands adalah milik mereka turun menurun dan British hanya menjajah.

Semasa peperangan berlaku, aku dan rakan-rakan mengikuti perkembangan perang ini di akhbar, radio dan tv. Oleh sebab kami anti penjajah (juga anti UMNO) maka kami menyebelahi Argentina. PM Britain Margeret Thatcher yang sombong memang kami benci.

Apabila sampai berita pesawat Skyhawk Tentera Udara Argentina menenggelamkan kapal Tentera Laut British dengan peluru berpandu 'exocet', kami cukup seronok, walaupun sebelum tu British telah tenggelamkan kapal Argentina.

Tapi perang ni tak lama..... tak sampai 3 bulanpun. Yang sedihnya Argentina kalah. Margeret Thatcher semakin sombong. Aku dan rakan-rakan keciwa.... Ingat ka boleh jadi macam Perang Jepun Russia pada awal Abad 20 dulu.... Jepun kalahkan Russia yang diketahui melalui buku sejarah dan diulas oleh guru sejarah kami.

Akibat perang ni, Mahathir yang tertawan dengan kehebatan pesawat Skyhawk telah membeli 80 buah pesawat secondhand dari US yang telah digunakan oleh Navy mereka. Lihat sini....


Inipun pembelian yang membazir oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Mahathir. Dalam hal membeli peralatan dan kelengkapan tentera ini, Najib (kapal selam) sama saja dengan Mahathir. Sorang anak murid sorang tok guru. Kedua-duanya....... Bangang dan Bodoh ataupun JAHAT?

Baca juga di sini.... dan sini.....

1 ulasan:

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.