Rabu, 24 Februari 2010

Laporan Salah - Dia Bukan Rakyat Malaysia

Dia ni dah jagi rakyat Australia, bukan rakyat Malaysia. Kalau lelaki Melayu warga Autralia bekerja sebagai pemandu di konsul Malaysia tu betoi jugaklah.....


Lelaki Australia hadapi tuduhan bunuh rakyat M'sia

Feb 24, 10 10:42am

Seorang lelaki warga Sydney berusia 55 tahun menghadapi pertuduhan memukul hingga mati pemandu di pejabat Konsul Malaysia, Mohd Shah Saemin, di Leichardt, pinggir bandar Sydney, Ahad lalu.

Polis berkata lelaki itu ditahan malam semalam oleh detektif dari Skuad Homisid dan polis Leichhardt di sebuah rumah di Brighton Street, Croydon.

Dia dituduh membunuh Mohd Shah, 43, dan tidak dibenarkan ikat jamin sebelum kes itu disebut di Mahkamah Tempatan Burwood .

Siasatan kes pembunuhan itu masih diteruskan, menurut laporan Sydney Morning Herald.

Mohd Shah dikatakan diserang dengan tukul besi dan ditikam oleh dua lelaki di luar unit kediamannya di Marion Street, Leichhardt, kira-kira tengah malam Ahad.

Seorang wanita yang mendakwa menyaksikan serangan itu dan cuba meleraikannya, mendapat pujian kerana usahanya itu.

Berasal dari Melaka, Mohd Shah yang tinggal di Australia sejak beberapa tahun lalu, kini menjadi warga Australia dan bekerja sebagai pemandu di pejabat Konsul Malaysia di Sydney.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Ahmad Fadil Shamsuddin berkata mayat Mohd Shah akan tiba di Kuala Lumpur sama ada pada esok atau Jumaat.

Polis meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau unit Pembanteras Jenayah di talian 1800 333 000.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.