Dulu semasa disfella iaitu Kicdefella berkempen menjatuhkan Menantu Tok Guru di PMBK, aku sokong dia. Aku sokong disfella bukan kerana disfella Kicdefella tapi kerana prinsip yang aku pegang iaitu di negara demokrasi ini yang PAS ikut serta, anak menantu sebijak dan sehebat manapun tidak boleh dilantik oleh pegang jawatan kerajaan.
Kini Kickdefella mulakan kempen terbarunya dengan posting Menteri Besar Derhaka Kepada Tuanku? Ini aku tak sokong. Aku tentang.
Dia bukan menentang Nik Aziz kerana isu yang timbul tetapi kini dia menentang Nik Aziz kerana agenda peribadi. Dia telah memperibadikan penentangannya kepada Nik Aziz. Berniat jahat. Busuk hati. Menyimpan dendam.
Dia cuba mengheret khalayak ramai untuk menentang Nik Aziz untuk kepuasannya sendiri. Menggunakan Sultan Kelantan. Lepas tu membabitkan Nizar pulak sebagai contoh penderhaka. Ini sudah lebih. Sekali tembak dua target. Maknanya PAS sudah ada dua penderhaka kepada raja Melayu.
Tipikal Melayu, paling senang isu DERHAKA. Ciss celakalah ke atas Kickdefella.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.