Rabu, 24 Februari 2010

ISU AIR DI SELANGOR: PEMUDA UMNO MESTI DEMO

Pemuda Umno Jahanam disarankan mengumpul ahli dan penyokongnya untuk berdemo bagi menentang tindakan Kerajaan PR Selangor dalam isu tarif air.

Isu tarif air: Kerajaan S'gor sedia ke mahkamah
Feb 24, 10 6:42pm

Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Februari lalu menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di Shaha Alam, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.