Macam ni lah sepatutnya. Mereka telah menyatakan pendirian. Lihat ini. Itupun setakat "tidak pernah merupakan agenda Pas".
Diharap ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Naib Presiden dan AJK Pas Pusat akan tampil menyatakan pendirian mereka dengan jelas tanpa selindung. Masa ini tidak perlu cakap berkias dan berlapik.
Cakap biar terang. Sokong atau tentang kerajaan perpaduan.
Jika ditolak MP Marang dan MP Bachok, ada berbelas lagi yang belum menyatakan pendirian mereka. Nak playsafe ke? Jangan begitu. Undi dalam PRU12 kepada tuan-tuan dahulu bukan untuk dijual kepada Umno.