Aku baru saja balik dari bercuti dengan famili aku. Aku ke Penang. Berehat-rehat, makan-makan dan bershopping. Kali ni aku tak sewa bilik hotel, tapi aku sewa apartment mewah 3 bilik. Fuhh rasa macam dudok di rumah. Layan beb.
Semalam heboh berita video adigan seks yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim dan pelacur cina. Video ni dirakam dalam bilik hotel. Apa? Bilik hotel!!! Bilik hotel ni pulak bukan hotel cikai sewa RM35/- semalam yang bagi tuala mandi nipis jarang macam kain bini Kinabatangan, tapi bilik hotel mewah yang berstar-star. Katakan betullah Anwar dirakam, bila kamera cctv dipasang? Adakah memang sentiasa terpasang menunggu mangsa? Mampuslah kalau begitu.
Carcosa Sri Negara (Gambar Hiasan) |
Dulu heboh CSL- Chua Soil Leg (bukan jenama henfon) diambik videonnya sedang berlakon adigan seks dengan pasangannya dalam sebuah hotel di Batu Pahat. Ini si CSL mengaku dia buat adigan kongkek tu. Kalau tak silap aku hotel tu ialah The Katerina Hotel. Hotel ni kerap aku menginap sekiranya aku berurusan di kawasan Batu Pahat dan Pontian. Nasib baik aku tidor saja kalau tidak....!
The Katerina Hotel (sumber bp.my) |
Persoalannya di sini selamatkah kita dari personal intrusion dengan gerak geri kita diintai dan dirakam oleh pihak hotel atau pihak ketiga (tak kiralah SB ke, PI ke dan sapa-sapa saja yang berniat jahat). Mungkin mereka meletak cctv dan alat pendengar untuk merakam bualan dan pergerakan orang tertentu tapi penyewa lain juga akan dintip dan dirakam. Biarpun dipadam selepas itu. Heee menakutkan.....
Apa kata Menteri Pelancongan dan Tourism Malaysia yang promote Malaysia tentang isu ini? Apa pulak pelancong akan kata tentang hal ini?