Khamis, 29 Oktober 2009

Seminar.... PAS Parti Melayu Jenama Islam

Dua hari aku tak update blog aku. Aku pergi seminar kat KL. Seminar ni untuk tingkatkan lagi pengetahuan dan tahap profesionalisma dalam bidang pekerjaan aku. Seminar ni banyak badan profesional endorsed. Bagi aku seminar dua hari tu memang berkesan ke atas aku. Tak rugi aku keluaq belanja..... Habis cerita aku. Tengok cerita PAS pulak....

Tapi pagi ni aku buka di sini, sini dan sini. Semua cerita sama - Seminar ganti Muktamar Khas. Keputusan ringkas:-
  1. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan buat seminar khas
  2. Lembaga Disiplin siasat PAS Selangor
  3. Kerajaang Perpaduang / UG tak timbui lagi
  4. Biasa saja keputusannya.

Tapi apa pasai nak buat seminar khas. Ni nak auta lah. Bagi aku, seminar ni tujuan utama nak terapkan doktrin-doktrin kumpulan UG kepada pemimpin-pemimpin PAS peringkat Kawasan supaya kumpulan UG dalam PAS makin kukuh. Supaya lain kali tak dak penentangan. Supaya pemimpin PAS yang bukan kumpulan mereka nampak jahat.

Seminar yang PAS nak buat ni tak dak guna. Tak akan menjadikan PAS menang lebih banyak kerusi dalam PRU13 (lagi kurang ada!!). Tak menjadikan PAS dihormati dan dipercayai. Seminar ini hanya akan perkukuhkan lagi cengkaman kumpulan UG. Seminar ni akan sebabkan Nasa akan jadi Presiden PAS ganti Hj Hadi bila tiba masanya dan Hassan Ali lebih ganas di Selangor. Seminar ini adalah persediaan untuk menendang saki baki pemimpin yang menentang UG dari hirarki PAS dalam pemilihan akan datang.

SEMINAR INI AKAN JADIKAN PAS PARTI MELAYU JENAMA ISLAM.

Isnin, 26 Oktober 2009

PAS Perlu Contohi Revolusi Iran

Masa berlaku Revolusi Iran aku dah bersekolah menengah. Aku masih ingat lagi tiap-tiap malam RTM Channel 5 dan Channel 8 tayangkan berita berkaitan revolusi yang berlaku di Iran. Daripada larinya Shah Reza Pahlavi dan kembalinya Ayatollah Khomeini ke Iran. Apa-apa yang berlaku di Iran ditayangkan ditv, tapi melalui kaca mata barat yang pro US dan anti Iran.

Macamanapun aku rasa revolusi itu berjaya dan bertahan hingga sekarang. Kejayaan ini adalah kerana kaedah yang selalu diguna-pakai oleh para revolusineer apabila mencapai kemenangan. Apa kaedahnya......?

Musuh yang dikenali dan talibarut musuh yang disyaki semuanya dihukum. Hukumannya mudah. Tengahari dibicara..... petang jatuh hukum........ malam ditembak....... ambil foto....... dan pagi esok terpampang bangkai musuh yang mati dalam akhbar...... untuk jadi tatapan penyokong revolusi dan penentangnya. Tengok contoh foto-foto....

Ini dikatakan "pembersihan" dari anasir-anasir yang akan membuat kacau ganggu di kemudian hari, di samping "menghukum" di atas dosa dan kesalahan mereka.

Dalam hal UG dan pro UMNO dalam PAS, mereka-mereka yang terlibat wajib dihukum. Hukumannya mudah...... bunuh!!!! Bukan bunuh bagi mati guna senjatapi, tombak, keris dsbnya.

Bunuh yang dimaksudkan ialah bunuh mereka dari segi hayat politik dalam parti. Buang dari jawatan!!! Pecat!!!! Malukan mereka satu Malaysia!!! Mereka ini semua adalah ejen-ejen dan talibarut musuh PAS iaitu UMNO.

Jangan tunjukkan belas kasihan pada mereka. Mereka mungkin lama berjuang dalam PAS. Tapi perjuangan mereka ada sebab dan muslihat lain. Mereka undercover. Musuh dalam selimut. Duri dalam daging. Musang berbulu ayam. Biawak lidah bercabang. Pagar yang tak boleh diharap untuk jaga padi. 

Ingat!!! Musuh PAS iaitu UMNO tidak pernah ada rasa belas kasihan pada PAS. Sekiranya dah dikenali dan disyaki agen dan talibarut mereka, mengapa PAS masih manaruh rasa kasihan dan simpan lagi. Sekiranya mereka tidak dihukum..... tunggulah masanya PAS akan dihancurkan....

Setiausaha Agung PAS dah Mula Bersilat

Seperti yang dijangka SUA PAS Mustaffa Ali dah mulakan langkah silat. Dalam sidang media dia umumkan Jawatankuasa Pusat PAS termasuk Pesuruhjaya Negeri akan bermesyuarat hari Rabu ni.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Aku rasa EGM tak jadi. Presiden tentu tak panggil EGM. Hj Hadi dah bagi kenyataan macam di bawah:- 

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.

Apa yang nak dibincang. Macam biasa untuk tutup isu ni. Pesuruhjaya Negeri kebanyakan dilantik oleh Hj Hadi yang tentunya atas nasihat Mustafa Ali dan Harun Taib. Mereka boleh menyanggah tiga orang Terengganu ni ke? Jawapannya TIDAK. Lagipun Hj Hadi dan Harun Taib ulamak. Manakala Mustaffa Ali yang mengusulkan kepimpinan ulamak.

Lagi satu langkah silat yang sumbang  Mustaffa Ali ialah:-

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Jawapan ni selalu digunakan oleh kumpulan UG iaitu Nasha, Mustaffa Ali dan lain-lain pencinta UMNO. Hanya mulut saja kumat-kamit kata UG dah tutup tapi perbuatan dan tindak tanduk tidak begitu. Malaun besar dalam hal ni adalah Hassan Ali.






Ahad, 25 Oktober 2009

AKU ANTI UMNO

Kelmarin dengan hari ni aku sibuk. Sibuk pi makan kenduri kawin dan sibuk pi majlis jamuan adil fitri (bulan syawal dah lepaih?). Aku juga sibuk baca blog-blog dan akhbar online. Cerita yang laku adalah Tok Guru Nik Aziz - EGM PAS - Pemimpin PAS pro UMNO dll.

Aku ANTI UMNO. Bermakna aku tak suka kat UMNO. Aku meluat dengan UMNO. Aku nak UMNO lingkup. Aku mau UMNO mampuih.

Apabila aku anti Umno dan aku tak suka kat UMNO..... tup-tup ada pemimpin PAS yang suka kat UMNO..... itu aku rasa pelik. Teramatlah peliknya. Aku hairan juga dengan depa ni. Bila PAS menang banyak kerusi.... kawan-kawan lain DAP dan PKRpun menang lagi banyak kerusi, ada pulak pemimpin PAS yang risau.

Depa risau dan takut UMNO mampuih. Pasai apa jadi macam tu? Pasai depa dah termakan dahyah UMNO. Kan ka UMNO dok kata hanya UMNO yang membela orang Melayu. Kalau lingkup UMNO habihlah orang Melayu.... He..he.. he... Andaian bodoh. Bab duit, pangkat, darjah kebesaran dsbnya tok sah kiralah...... itu cuma imbuhan untuk depa.

Buat malu saja. Nama saja pemimpin PAS tapi otak UMNO. Bodoh! Bangang!

Kalau pemimpin ni bukan bodoh dan bangang, pasai apa depa buat macam tu? Depa cerdiklah. Depa boleh gunakan kedudukan depa dalam PAS untuk tawar-menawar dengan UMNO.... Mampuih hidup balik depa tak masuk UMNO. Depa nak bawak PAS sekali. Kalau depa keluaq PAS depa jadi nobody. Tak dak sapa dalam UMNO nak kerling depa. Apa jadipun meti heret PAS sekali.

Jadi apa yang Tok Guru Nik Aziz sarankan untuk buat EGM aku sokong. Kalau tak mau buat EGM, suruh 2-3 ekoq tu pi melingkup.

Aku dah banyak kali kutuk Hassan Ali dalam blog ni. Aku memang tak percaya kat dia dari dulu lagi..... Masa dia umum masuk PAS pada zaman reformasi aku kata dia opportunist. Kawan-kawan aku kata, aku suka sangka buruk kat orang. Dei..... dalam politik mesti ada sangka buruk kalau tak..... jadi macam syeikh-syeikh PAS.... kena main dengan barua UMNO.

AKU ANTI UMNO. KALAU PEMIMPIN DAN AHLI PAS SAYANG KAT UMNO, AKU ANTI DEPA JUGAK.