Sabtu, 6 Ogos 2011

Woi Omaq Osman.... Kerja Tak Tara Mana Minta Bonus....!!!

Kakitangan kerajaan melalui CEUPECS mintak bonus lagi. Lain depa tak tau bila mai raya. Bonus. Bonus Bonus. Awat depa ingat duit kerajaan tu duit Najib & Rosmah ka? Duti rakyat ooi. Kerja tak tara mana nak bonus.

Kakitangan kerajaan ramai sampai berjuta orang. Ada 1.2 juta kakitangan. Wow banyak tu. Meleysia ni kecik saja. Pendudukpun kalau iku banci lebih kurang 28.3 juta. Depa ramai sangat. Kiranya tiap-tiap 283 orang ada 12 orang. Banyak tu.

Itu sebab bila kita pi pejabat kerajaan kita boleh tengok depa dok bersembang. Kalau kita pangge untuk buat urusan muka depa dan-dan masam, pasai kacau depa tengah bersembang. Lepaih tu, hai yang boleh buat la tu dia kata mai minggu depan pasai depa ada banyak kerja nak buat. Pegawai depa meeting. Meeting apa? Meeting makan karipap dengan bihun singapore sambil minum kopi. Tu jelah kerja depa.

Cerita minta bonus dari CEUPECS ni yang paling aku meluat.! Presiden CEUPECS ni kaki bodek kerjaan. Dia minta bonus ada dua sebab. Satu dia boleh maintain popular, kali depa pilih dia lagi. Kedua dia nak tolong Najib & Rosmah, pasai bila dapat bonus kakitangan kerajaan boleh pangkah kati.

Ni... nak habaq mai kat Omaq Osman..... cuba hang suruh ahli hang kerja betoi-betoi. Yang tak dak kerja tu elokla minta pencen. Biar kurang pekerja. Cuba hang buat kajian berapa persen masa yang betoi-betoi ahli hang buat kerja sebenaq tiap-tiap hari. Brapa juta manhour hilang setahun. 

Ada 77.4% orang melayu kerja dengan kerajaan. Bukan sikit tu. Jadi yang pemalaih, makan gaji buta, kerja sambil lewa, pejabat kerjaan dia buat macam kedai bapak depa, makan rasuah, tukang pecah rahsia kerajaan, kaki bodek, dan macam-macam lagi tu kebanyakannya MELAYU.  

Apa? Kalau Melayu buat apa pun tak pa ka? Piraah hang Omar Osman.

Orang malaih kerja kalau minta duit kat orang macam minta sedekah la. Tengok Omaq Osman merapu minta sedekah kat kerajaan